Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497764
Title: | Sejarah pentadbiran dan pembangunan tanah di negeri Johor dari 1900 hingga 1970 |
Authors: | Md Akbal Abdullah (P33268) |
Supervisor: | Nordin Hussin, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Land use-Malaysia-Johor-History Land use-Government policy-Malaysia-Johor-History Land settlement-Malaysia-Johor-History Cities and towns-Malaysia-Johor-Growth-History |
Issue Date: | 5-May-2012 |
Description: | Penyelidikan ini dilakukan bertujuan menjelaskan sejarah pentadbiran dan perkembangan pembangunan tanah di negeri Johor dari tahun 1900 hingga 1970. Kajian ini telah meneliti tiga perkara asas yang didapati menjadi teras pembangunan tanah yang dikaji. Pertamanya ialah penelitian tentang keadaan pentadbiran tanah dan pendokumentasian geran tanah sebelum 1910, selepas pewartaan Undang-undang Tanah 1910 dan selepas merdeka. Kedua ialah pentadbiran dan pembangunan tanah penempatan dan ketiga pembangunan tanah pertanian yang dimulai dari tahun yang sama. Kajian ini tidak menumpukan kepada hasil pengeluaran dan perkembangan sosio ekonomi dan politik negeri Johor. Sebaliknya kajian menumpukan kepada analisis data penggunaan tanah dengan menggunakan butiran data aktiviti penempatan dan pertanian. Kaedah penyelidikan ilmu sejarah di dalam kajian ini terdedah kepada penggunaan angka-angka yang diambil dari dokumen-dokumen arkib sebagai sandaran hujah dan tafsirannya. Analisis dan tafsiran sejarah di dalam kajian ini banyak berpandukan data perangkaan permohonan tanah, jenis-jenis tanaman, jumlah dan petempatan penduduk yang dipersembahkan semula di dalam bentuk peta, jadual, rajah dan pelbagai graf. Hasil kajian mendapati perkembangan pentadbiran tanah di negeri Johor sudah beroperasi selewat-lewatnya 60 tahun sebelum pewartaan Undang-undang Tanah 1910 dengan memperkenal enam bentuk dokumentasi tanah yang digunakan sebagai kaedah pengurusan tanah. Kajian ini juga mendapati Undang-undang Tanah 1910 menjadi pemisah kepada sistem tanah tradisi dengan sistem tanah moden. Dalam semua tinjauan dokumen, Undang-undang Tanah 1910 menjadi sebab sistem tanah dan pembangunan negeri Johor terbuka dan lebih pesat berkembang. Kemerdekaan Malaysia dari British didapati boleh menyumbang kepada kekuatan Orang Melayu memiliki tanah di negeri Johor, tetapi segala-galanya seolah-olah ditentukan apabila pembangunan tanah masih terikat dengan apa yang mereka warisi sebelum merdeka. Kajian ini juga mendapati Orang Melayu kurang berjaya memanfaatkan diri dari dasar kelonggaran sistem pemilikan tanah, sebaliknya amat bergantung kepada dasar kerajaan. Akhirnya kajian juga dapat mengenal pasti beberapa isu tanah, pentadbiran dan pembangunan yang boleh dijalankan penyelidikan selanjutnya bagi terus membongkar sejarah pentadbiran dan pembangunan negeri Johor,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 353 |
Call Number: | HD890.6.M394 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.