Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497760
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamed Anwar Omar Din, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Ediwar (P39716) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:09:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:09:56Z | - |
dc.date.issued | 2012-02-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120081 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497760 | - |
dc.description | Kajian ini merekonstruksi dan mendokumentasi proses dinamika muzik Islami Minangkabau di Sumatera Barat. Fokus kajian adalah dikia rabano, salawat dulang dan indang pariaman kerana ianya merupakan sebahagian unsur paling integral pembinaan jati diri masyarakat Melayu Minangkabau. Perekonstruksian dinamika itu wajar dilakukan untuk memahami apa sebenarnya berlaku dan bagaimana proses tersebut seharusnya ditanggapi secara persis. Proses tersebut penting didokumentasikan sebagai satu usaha untuk membina himpunan ilmu pengetahuan mengenai khazanah warisan bangsa yang cukup penting ini. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif iaitu diasaskan kepada pemerhatian secara langsung di lapangan dengan menggunakan pendekatan fenomenologi. Kajian ini mendapati proses dinamika muzik Islami Minangkabau di Sumatera Barat tidaklah boleh ditanggapi seperti lazim difahami kerana proses tersebut tidaklah membawa perubahan secara struktural atau kemunculan bentuk tot baru secaraal. Sebaliknya, berlaku 'proses pengembangan' yang secara evolusi akibat berlakunya penambahan unsur-unsur baru ke atas ciri-cirinya yang asal. Pada awalnya genre-genre muzik Islami itu berkembang di surau; malah, merupakan simbol identiti budaya surau di Sumatera Barat. Estetika Islam dikumandangkan melalui syair-syair keagamaan yang memanifestasikan tatacara/kaedah atau nilai etika masyarakatnya. Sejak akhir abad ke-19, dengan kelahiran gagasan "adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah," genre-genre muzik Islami ini mengalami pengembangan apabila ianya mengadopsi unsur-unsur adat hingga munculnya muzik Islami versi budaya rakyat, iaitu dengan ciri-ciri campuran unsur-unsur adat dan agama. Selanjutnya, sejak tahun-tahun 1970-an, ekoran daripada kemunculan budaya-popular Barat telah membawa munculnya muzik Islami versi budaya popular. Pada hari ini versi inilah paling berkembang berbanding dengan dua versi yang lain itu. Ia mengadopsi pelbagai unsur luaran terutamanya unsur-unsur muzik moden Indonesia, Melayu, lokal dan asing dalam melodi dan lirik. Persembahannya lebih berorientasikan citarasa dan minat penonton. Ini telah membawa perubahan daripada segi fungsi. Ia juga menjadi wahana bertujuan ekonomis, acara-budaya dan budaya popular. Hasil kajian ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan keilmuan dalam disiplin sains sosial kemanusiaan, khususnya dalam hal dinamika kebudayaan dan kesenian pada tamadun Melayu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Minangkabau (Indonesian people) -- Indonesia -- Sumatra -- Social life and customs | - |
dc.subject | Music -- Indonesia -- Sumatra -- History and criticism | - |
dc.subject | Music -- Religion aspects -- Islam -- Indonesia -- Sumatra | - |
dc.title | Dinamika muzik Islami Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 412 | - |
dc.identifier.callno | DS632.M4E335 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002782(2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120081+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.