Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497755
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Katiman Rostam, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Yazid Saleh (P48500) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:09:49Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:09:49Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-13 | |
dc.identifier.other | ukmvital:119567 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497755 | - |
dc.description | Proses globalisasi ekonomi menyebabkan ruang pembangunan di Malaysia semakin mengecut dan menjejaskan aplikasi model keruangan termasuk Teori Kutub Pertumbuhan dan Teori Petempatan Pusat. Kajian ini bertujuan menganalisis tahap perubahan dan kemajuan Tanjong Malim dalam mencapai sasarannya untuk menjadi sebuah pusat pertumbuhan separa wilayah di selatan negeri Perak menjelang 2020. Data primer dikutip menggunakan soal selidik yang dikendalikan dalam kalangan 370 ketua isi rumah sebagai responden. Responden dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata dari kawasan sekitar Tanjong Malim. Data sekunder diperolehi dari pelbagai agensi. Hasil kajian ini mendapati bahawa: (1) penduduk Tanjong Malim bertambah pada kadar pertumbuhan yang sederhana pesat, iaitu 3.0 % setahun antara tahun 2000 dan 2010; (2) analisis Location Coefficient (Pekali Letakan) dan Centrality Index (Indeks Keterpusatan ) pula mendapati bahawa Tanjong Malim menduduki tahap hierarki tertinggi bagi Daerah Batang Padang; (3) analisis keunggulan fungsi bandar turut menyokong hakikat bahawa Tanjong Malim adalah pusat utama di wilayah tersebut. Ini menunjukkan bahawa fungsi bandar kecil ini mengalami perubahan yang ketara dan kian moden. Fungsi tradisional seperti pengumpulan dan pemerosesan produk pertanian tidak lagi wujud dan tempatnya diambil alih oleh fungsi yang lebih moden seperti aktiviti pembuatan dan perkhidmatan awam; (4) di samping menyediakan perkhidmatan asas, kini Tanjong Malim merupakan penyumbang utama peluang pekerjaan bukan pertanian kepada daerah tersebut; (5) hasil analisis Location Quotient juga turut menyokong hujah bahawa ekonomi Tanjong Malim kini kian kukuh. Penemuan ini membuktikan bahawa Tanjong Malim berada pada landasan yang betul untuk menjadi sebuah pusat pertumbuhan separa wilayah bagi selatan Perak menjelang 2020. Kajian ini menunjukkan bahawa secara umumnya model keruangan masih lagi relevan untuk diterapkan bagi merancang pembangunan bandar kecil di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tanjung Malim | |
dc.subject | Perak | |
dc.subject | Small cities -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Tanjong Malim sebagai pusat pertumbuhan separa wilayah di selatan Perak | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 293 | |
dc.identifier.callno | HT153.Y349 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003075 003075;003075;003075 (2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119567+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.