Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497752
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamaruzaman Yusoff, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRuzaini Sulaiman @ Abd. Rahim (P45395)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:09:46Z-
dc.date.available2023-10-13T08:09:46Z-
dc.date.issued2014-01-14-
dc.identifier.otherukmvital:119365-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497752-
dc.descriptionKajian ini meninjau pengaruh sosioekonomi ke atas kegiatan jenayah komuniti Cina di Selangor dari tahun 1896 hingga 1939. Fokus kajian adalah untuk meneliti kegiatan jenayah harta benda dan jenayah ke atas manusia. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti jenayah harta benda dan jenayah ke atas manusia yang melibatkan komuniti Cina ketika berlaku kemelesetan ekonomi; meneliti faktor-faktor penglibatan mereka dalam kegiatan jenayah tersebut; menganalisis kesan kemelesetan ekonomi ke atas aliran peningkatan kadar jenayah; dan menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil oleh pihak British dan persatuan Cina dalam menangani kegiatan jenayah komuniti Cina. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berdasarkan sumber prima dan sekunder. Data prima sebagai sumber utama bagi kajian ini seperti laporan tahunan, surat-menyurat, telegram, laporan rasmi, memorandum dan deklarasi diperoleh dari dokumen Kolonial British dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 1896 hingga 1939 dan di analisa menggunakan pendekatan sejarah. Selain itu, sumber sekunder seperti jurnal, buku, artikel, akhbar dan sebagainya juga turut dirujuk untuk menyokong penghuraian dan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati kegiatan jenayah di Selangor di dominasi oleh komuniti Cina terutama jenayah harta benda. Peningkatan kes jenayah dalam jangka masa kajian sangat berkait rapat dengan ketidaktentuan ekonomi yang berlaku. Pihak British dan persatuan Cina telah mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengekang aktiviti jenayah komuniti Cina daripada terus meningkat sehingga ia berjaya dikurangkan. Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya kajian tentang korelasi antara jenis-jenis jenayah, penjenayah dan pihak yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan tersebut dilakukan kerana ia merupakan satu kajian lanjutan yang sangat menarik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectJenayah-
dc.subjectKomuniti cina-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePengaruh sosioekonomi ke atas kegiatan jenayah komuniti Cina di Selangor (1896-1939)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages299-
dc.identifier.callnoHV6171.R849 2014 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119365+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.