Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497749
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhaidzir Ismail, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorKhairil Anwar (P30628 )-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:09:43Z-
dc.date.available2023-10-13T08:09:43Z-
dc.date.issued2014-10-03-
dc.identifier.otherukmvital:119361-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497749-
dc.descriptionTujuan kajian ini ialah untuk meneliti pengaruh tahap mental-kognitif Islam dan amalan sunnah terhadap kawalan diri melalui pengantaraan psikososial Islam dan estim kendiri. Meletakkan mental-kognitif Islam, psikososial Islam dan amalan sunnah sebagai pemboleh ubah peramal, merupakan salah satu pendekatan dalam mengenalpasti masalah psikologikal pesalah laku remaja dalam konteks Islam, sama ada dari segi kogntif, afektif mahupun tingkahlaku. Enam pusat pemulihan telah dipilih untuk kajian ini dengan melibatkan seramai 490 pelatih dan 128 pelajar dari sebuah sekolah menengah kebangsaan sebagai kumpulan kawalan. Latarbelakang status ekonomi ibu bapa responden juga dikenalpasti dan pengumpulan data dilakukan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi alat pengukuran mental-kognitif Islam, psikososial Islam, laporan diri amalan sunnah, Rosenberg self-steem scale dan The self-control scale. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk pemerihalan pemboleh ubah serta statistik inferensi untuk menguji hipotesis yang dibina melalui Ujian t, ANOVA, MANOVA, Regresi, Korelasi Pearson, Korelasi bukan parametrik (khi kuasa dua) dan ujian model persamaan struktural (SEM). Keputusan kajian menunjukkan mental-kognitif Islam, psikososial Islam dan amalan sunnah kalangan responden berada pada tahap yang rendah. Sementara estim kendiri dan kawalan diri berada pada tahap yang sederhana. Melalui dapatan ini, kumpulan kawalan menunjukkan tahap mental-kognitif Islam, psikososial Islam dan amalan sunnah yang lebih tinggi berbanding responden di pusat pemulihan. Kajian juga menunjukkan latar belakang responden turut memberi kesan yang berbeza secara signifikan. Melalui ujian regresi berganda, mental-kognitif Islam dan amalan sunnah tidak berpengaruh terhadap estim kendiri. Manakala mental-kognitif Islam dan amalan sunnah berpengaruh secara signifikan terhadap kawalan diri. Namun secara bersamaan dengan psikososial Islam, mental-kognitif Islam tidak mempengaruhi kawalan diri. Berdasarkan ujian persamaan struktural, mental-kognitif Islam didapati mempengaruhi kawalan diri apabila psikososial Islam bertindak sebagai pemboleh ubah pengantara. Penemuan kajian ini mencadangkan pembinaan satu modul intervensi dan prevensi terhadap gejala sosio-psikologikal remaja melalui asas konsep mental-kognitif Islam, psikososial Islam dan amalan sunnah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPsikososial-
dc.subjectMental-kognitif-
dc.subjectIslam-
dc.subjectSunnah-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePengaruh mental-kognitif Islam dan amalan sunnah melalui pengantara psiko-sosial Islam dan estim kendiri terhadap kawalan diri dalam kalangan pesalah laku remaja-
dc.typeTheses-
dc.format.pages333-
dc.identifier.callnoBP175.K483 2014 tesis-
dc.identifier.barcode002748 (2014)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119361+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.