Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497747
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shaharuddin Ahmad, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Rosmini Maru (P54715) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:09:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:09:39Z | - |
dc.date.issued | 2014-05-22 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119360 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497747 | - |
dc.description | Pulau Haba Bandar (PHB) adalah salah satu ciri mikroiklim bandar yang telah lama dikesan berlaku di bandar-bandar utama seluruh dunia. Secara reruang, ia menggambarkan sebuah pulau dengan suhu tinggi di kawasan bandar yang di kelilingi oleh suhu rendah di kawasan sekitar dan luar bandar. PHB memberi impak nyata ke atas ekonomi komuniti, iklim dan cuaca tempatan seperti suhu semakin tinggi, pola cuaca berubah, kualiti udara berkurangan, ketidakselesaan bertambah, kemerosotan kesihatan dan kebajikan penduduk bandar. Dengan meningkatnya suhu bandar ia memberi kesan kepada peningkatan frekuensi kejadian kilat, ribut petir, hujan perolakan dan seterusnya banjir kilat di kawasan bandar. Objektif kajian ini ialah: (1) mengenalpasti kesan pelbagai pola guna tanah terhadap pembentukan PHB di Bandaraya Jakarta; (2) menganalisis intensiti pulau haba bandar (IPHB) antara kawasan pusat bandar-pinggir bandar, pusat bandar-luar bandar dan pinggir bandarluar bandar; (3) menganalisis kesan geometrical sky view factor (SVF) terhadap pembentukan fenomena pulau haba bandar; dan (4) mencadangkan kaedah bagi menangani atau mengurangkan masalah fenomena PHB di Bandaraya Jakarta. Data kajian ini diperolehi daripada pencerapan langsung di lapangan dan juga menggunakan data sekunder bagi mengesan perkembangan PHB. Kaedah ArcGis digunakan bagi mengira keluasan tanah yang dibangunkan mulai tahun 1980 sehingga tahun 2010. Selain itu, kaedah photographic digunakan untuk mengira sky view factor (SVF). Analisis korelasi dan regresi statistik digunakan bagi melihat perkaitan antara suhu dengan perubahan pola guna tanah, nilai SVF, dan kelembapan bandingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa peningkatan tanah dibangunkan sejak tahun 1980 hingga masa kini memberi impak yang signifikan terhadap pembentukan dan peningkatan fenomena PHB di Bandaraya Jakarta. Impak yang sangat ketara berlaku pada kedua-dua stesen kajian iaitu stesen Kemayoran dan Pondok Betung. Purata IPHB antara bandar-pinggir bandar, bandar-luar bandar dan pinggir bandarluar bandar masing-masing adalah 0.8°C, 1.1°C dan 0.4°C. Di samping itu, perbezaan IPHB terutamanya bandar-luar bandar dan pinggir bandar-luar bandar semakin membesar mengikut masa. Proses pembandaran yang berlaku memberi impak kepada semakin banyaknya bangunan tinggi yang menghasilkan nilai SVF yang kecil iaitu 0.2. Kesannya, suhu maksimum iaitu 38.4°C dicerap di UK (SVF = 0.5) pada jam 11:00 Waktu Indonesia Barat (WIB) pada hari cuti biasa. Sementara itu, suhu minimum di kawasan bandar yang dicerap ialah 27°C. Bagi kawasan luar bandar (TB) nilai SVF = 0.8 dengan suhu maksimum dan minimumnya masing-masing adalah 36.9°C dan 24.5°C. Sifat cerun suhu yang paling ketara berlaku antara stesen Penabur Kali Malang dengan stesen Simpang empat Pondok Kopi bagi pencerapan pada hari Ahad 11 Disember 2011 dengan purata IPHB iaitu 5.9°C. Selain itu, berlaku juga antara stesen McD Buaran dengan stesen Pos Polisi Raden Intan bagi pencerapan hari Selasa 27 Disember 2011. Justeru, purata suhu Bandaraya Jakarta sangat tinggi iaitu 32.1°C sehingga melebihi penerimaan paling atas julat selesa dan suhu efektif bagi kawasan beriklim tropika iaitu 24.5°C. Berdasarkan hasil kajian ini, maka pihak kerajaan bersama-sama masyarakat bandar perlulah mengambil tindakan secara serius dalam menangani masalah peningkatan Pulau Haba Bandar di Bandaraya Jakarta masa kini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pulau Haba Bandar | - |
dc.subject | Mikroiklim | - |
dc.subject | Bandaraya Jakarta | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Kuantifikasi intensiti Pulau Haba Bandar (IPHB) : kajian kes di Bandaraya Jakarta | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 288 | - |
dc.identifier.callno | QC981.7.U7R647 2014 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002747 (2014) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119360+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.