Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497744
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rozmi Ismail, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Fikri (P63224) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:09:20Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:09:20Z | - |
dc.date.issued | 2019-10-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118581 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497744 | - |
dc.description | Kajian-kajian lepas menunjukkan personaliti, tekanan semasa memandu, mengantuk, serta tingkah laku pemandu mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun, masih kurang kajian yang dilakukan untuk melihat peranan pengantara hubungan di antara konstrak-konstrak tersebut. Berdasarkan laporan WHO kematian akibat kemalangan jalan raya adalah pembunuh nombor tiga di Indonesia. Banyak negara-negara membangun seperti Indonesia mempunyai masalah kemalangan jalan raya yang serius. Data kemalangan jalan raya dicatatkan 95.906 kes kemalangan yang mengakibatkan 38.279 orang meninggal dunia, 26.840 orang kecederaan teruk, dan 109.741 orang cedera ringan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan faktor manusia iaitu personaliti, tekanan sewaktu memandu, dan kecenderungan mengantuk sebagai peramal kepada kemalangan jalan raya serta pengaruh tidak langsung tingkah laku pemandu sebagai mediator. Seramai 400 orang pemandu bas telah secara sukarela terlibat sebagai responden kajian di kawasan provinsi Riau, Indonesia dan responden dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Soal selidik yang digunakan mengukur beberapa aspek iaitu personaliti lima faktor, inventori tekanan sewaktu memandu, kecenderungan mengantuk, tingkah laku pemandu dan rekod kemalangan jalan raya. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis pengesahan faktor (CFA-Confirmatory Factor Analysis) dan model persamaan struktural (SEMStructural Equation Modelling). Model pengukuran bagi lima pembolehubah diuji dengan CFA manakala model hipotesis peramal kemalangan jalan raya diuji dengan SEM. Keputusan SEM menunjukkan bahawa kesemua peramal mempengaruhi kemalangan jalan raya secara signifikan dengan menyumbang sebanyak 79 % varians ke atas kemalangan jalan raya. Manakala tiga pembolehubah peramal pula menyumbang sebanyak 29 % varian ke atas tingkah laku pemandu. Tekanan semasa memandu (β= .02), kecenderungan mengantuk (β = .64) dan tingkah laku pemandu (β = .01) telah secara langsung mempengaruhi keterlibatan kemalangan jalan raya. Sebanyak tiga pemboleh ubah peramal terhadap tingkah laku pemandu pula menunjukan bahawa keterbukaan (β= .24), personality ektraversi (β= -.16) dan neurotisisma (β= .08) diikuti kecenderungan mengantuk sebanyak (β =.10), dan tekanan sewaktu pemandu (β =.36), mempunyai pengaruh secara langsung kepada tingkah laku pemandu. Implikasi kajian ialah pembolehubah tingkah laku pemandu berperanan sebagai mediator kepada kemalangan jalan raya. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa faktor manusia memberikan peranan dalam menentukan kemalangan jalan raya.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Distracted driving | |
dc.subject | Automobile driving | |
dc.subject | Automobile drivers | |
dc.subject | Traffic safety | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengaruh personaliti, tekanan pemandu, kecenderungan mengantuk dan tingkah laku pemandu terhadap kemalangan jalan raya | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 310 | |
dc.identifier.callno | HE5620.D59F535 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004614(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118581+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 183.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.