Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497742
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fatimah Wati Halim, Dr. | |
dc.contributor.author | Aspalaila Abdullah (P60534) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:09:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:09:10Z | - |
dc.date.issued | 2019-10-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118579 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497742 | - |
dc.description | Kajian meta-analitik menunjukkan faktor personaliti ekstraversi, keterbukaan dan kehematan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkahlaku kerja tidak produktif (TLKTP). Namun begitu, hanya sedikit kajian yang berfokuskan kepada mekanisma yang memperantarakan hubungan antara personaliti dan TLKTP. Keputusan kajian ini mampu membantu memahami mengapa hubungan personaliti dan TLKTP serta etika kerja sebagai mediator mengarah kepada berlakunya isu-isu salah laku kerja sama ada serius atau pun sebaliknya yang menjejaskan imej dan keberkesanan organisasi. Justeru kajian ini bertujuan untuk menguji peranan secara langsung lima faktor personaliti sebagai peramal kepada TLKTP dan pengaruh tidak langsung etika kerja sebagai mediatornya. Alat ujian pengukuran personaliti diadaptasi daripada set inventori personaliti (NEO) Personality Inventory (PI)-Revised (R) (Costa & McCrae, 1992) dan telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Mastor et al., (2000). Manakala alat ukur bagi TLKTP dan etika kerja dibina sendiri oleh pengkaji dalam kajian ini. Data yang terkumpul daripada 547 orang kakitangan sokongan jabatan perkhidmatan awam badan beruniform, telah dianalisis menggunakan analisis penerokaan faktor (EFA-Exploratory Factor Analysis) dan analisis PROCESS for SPSS (model 4: Hayes 2013). Tiga alat pengukuran dalam kajian ini diuji dengan EFA manakala hipotesis peramal TLKTP dengan data kajian diuji dengan analisis PROCESS, sementara analisis bootstrapping non-parametric digunakan untuk menguji peranan pembolehubah pengantara. Keputusan kajian mendapati hanya personaliti ekstraversi, mempunyai pengaruh langsung terhadap TLKTP interpersonal dan TLKTP organisasi, manakala personaliti kehematan dan kepersetujuan mempunyai pengaruh langsung terhadap TLKTP organisasi. Kajian mendapati kelima-lima Personaliti Lima Faktor iaitu keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan dan neurotisisme mempunyai pengaruh langsung terhadap etika kerja. Etika kerja pula mempunyai pengaruh langsung terhadap TLKTP organisasi. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa hanya enam nilai murni yang terkandung di dalam Etika Kerja Tonggak 12 Perkhidmatan Awam Malaysia, difahami dan diamalkan oleh kakitangan jabatan yang terlibat iaitu menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, ketinggian peribadi, pengaruh tauladan dan kewajipan menjalankan tugas. Kajian ini mencadangkan supaya dilakukan modifikasi semula terhadap model tersebut. Dapatan kajian menunjukkan etika kerja hanya berperanan sebagai mediator di antara hubungan personaliti kepersetujuan dan TLKTP interpersonal. Manakala peranannya sebagai mediator terbukti di antara hubungan personaliti keterbukaan, ekstraversi dan neurotisisme terhadap TLKTP organisasi. Secara keseluruhan kajian ini mendapati kecederungan berlakunya TLKTP lebih menjurus terhadap organisasi berbanding interpersonal. Justeru, hasil kajian menunjukkan model peramal TLKTP boleh di aplikasi dalam kontek tempatan. Sementara itu alat ukur personaliti, TLKTP dan etika kerja boleh digunakan sebagai peramal untuk meramal tingkahlaku kerja tidak produktif dalam organisasi.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Organizational behavior | |
dc.subject | Psychology | |
dc.subject | Industrial | |
dc.subject | Problem employees | |
dc.subject | Personality and occupation | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengaruh personaliti dan etika kerja terhadap tingkahlaku kerja tidak produktif | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 401 | |
dc.identifier.callno | HD58.7.A867 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004612(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118579+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 3.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.