Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497740
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZarina Othman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorBuddy Suseto (P84651)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:09:06Z-
dc.date.available2023-10-13T08:09:06Z-
dc.date.issued2019
dc.identifier.otherukmvital:117888
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497740-
dc.descriptionKeselamatan nasional, mempertahankan kelangsungan hidup sesebuah negara berdaulat, adalah matlamat negara. Ia penting bagi negara-negara maritim dan juga bagi negara tanah besar. Indonesia merupakan sebuah negara maritim terbesar di dunia dan memiliki tiga jalur laut antarabangsa yang utama iaitu, Selat Melaka, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Walaupun begitu, Indonesia tidak mempunyai strategi maritim bagi menjaga kepentingan keselamatan nasionalnya. Persoalannya, apakah bentuk strategi maritim yang sesuai bagi Indonesia. Dengan mengkaji sorotan kajian lepas dan model-model strategi maritim negara maju dan sedang membangun, tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah model strategi maritim yang boleh diguna pakai oleh negara Indonesia. Kajian ini berpandukan tiga objektif utama, iaitu menelusuri sejarah maritim kepulauan Indonesia dengan fokus analisis diberi kepada kesan strategi maritim terhadap keselamatan nasional Indonesia, mengkaji strategi maritim kontemporari Indonesia, mencadangkan model strategi maritim berpaksikan teori dan pragmatisme yang bersesuaian dengan Indonesia. Kajian ini memanfaatkan data temu bual pakar serta kajian lapangan yang diperoleh sewaktu kajian lapangan di sekitar Indonesia dan Britain pada tahun 2017. Bagi menguatkan analisis, kajian ini turut memperoleh bahan rujukan sekunder dari arkib dan perpustakaan di Malaysia, Indonesia dan Britain. Hasil kajian menunjukkan bahawa sejarah maritim kepulauan Indonesia telah bermula sejak tahun abad ke 14 iaitu ketika zaman kegemilangan kerajaan Majapahit yang meliputi wilayah laut dan kepulauan Nusantara. Dalam konteks moden Indonesia pula, walaupun Indonesia tidak mempunyai strategi maritim, tetapi ia mempunyai Dasar Polisi Indonesia yang berfungsi menangani permasalahan dan ancaman tradisional dan bukan tradisional tetapi ianya tidak komprehensif. Berdasarkan perbandingan dengan beberapa strategi maritim negara seperti Britain, India dan Amerika, kajian ini telah mencadangkan empat bentuk strategi maritim Indonesia terdiri daripada Strategi ketika aman, strategi masa perang, strategi lingkungan maritim, dan strategi keselamatan pesisir. Keupayaan ini dapat mewujudkan strategi maritim dan melindungi keselamatan nasional Indonesia. Hal ini mengambil kira perubahan politik semasa, kepelbagaian ancaman yang dibawa oleh aktor bukan negara, persaingan kuasa besar di rantau dan ancaman dalaman Indonesia seperti di Papua. Diharapkan kajian ini dapat menyumbangkan model strategi maritim untuk tentera laut dan kekuatan maritim yang terdiri dari gabungan angkatan laut dan armada sivil. Ia juga dapat menyumbang terhadap khazanah ilmu berkaitan isu-isu ancaman keselamatan nasional.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectSea-power -- Indonesia
dc.subjectNational security -- Indonesia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleModel strategi maritim dan keselamatan nasional Indonesia
dc.typeTheses
dc.format.pages332
dc.identifier.callnoVA667.I57S937 2019 tesis
dc.identifier.barcode004547(2020)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117888+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.