Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497738
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Agus Yusoff, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Badrul Azmier Mohamed @ Bakar (P69981) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:09:03Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:09:03Z | - |
dc.date.issued | 2019-09-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117884 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497738 | - |
dc.description | Tesis ini mengkaji peranan dan pengaruh media sosial dalam PRU-13 dan menilai impaknya terhadap politik Malaysia. Secara spesifiknya, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu-isu dan strategi kempen PR dan BN dalam PRU-13, menganalisis pendekatan PR dan BN dalam menggunakan media sosial, dan menilai impak penggunaan media sosial terhadap politik Malaysia. Data primer dikutip melalui kaedah temu bual dengan informan yang autoritatif, manakala data sekunder pula diperolehi menerusi kajian perpustakaan seperti jurnal, buku, tesis, akhbar, dan dokumen berkaitan. Kajian ini menggunakan konsep media sosial, politik baharu dan pendemokrasian sebagai alat analisis. Hasil kajian menemukan tiga dapatan penting. Pertama, isu-isu dan strategi kempen PR dan BN dalam PRU-13 adalah merangkumi politik baharu dan politik lama. PR menekankan kepada demokrasi, pilihan raya yang bebas dan adil, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, kebebasan kehakiman, kebebasan media, dan HAM. Manakala BN masih terkongkong dengan politik lama walaupun menjenama semula parti berlandaskan kepada '1Malaysia' yang populis dan inklusif. Elemen politik baharu yang universal menarik hati pengundi berbilang kaum berbanding politik lama yang dibelenggu oleh politik perkauman dan politik pembangunan. Kedua, tesis ini mendapati PR menggunakan pendekatan perhubungan politik yang sifatnya interaktif, mesejnya kreatif dan perbelanjaannya minimum dalam menarik sokongan pengundi. BN pula menggunakan pemasaran politik yang sarat dengan pengiklanan politik yang berbajet tinggi. Ketiga, tesis ini mendapati impak penggunaan media sosial terhadap politik Malaysia adalah kewujudan kewartawanan rakyat, pengukuhan politik baharu, peningkatan kesedaran politik rakyat, kemunculan sistem dua parti, perkembangan peranan dan pengaruh masyarakat sivil, penghakisan hegemoni BN dalam politik Malaysia, dan pengukuhan proses pendemokrasian. Dengan penemuan tersebut, tesis ini memberikan sumbangan kepada perkembangan ilmu politik dengan menunjukkan media sosial berperanan dan berpengaruh dalam politik Malaysia menerusi dua aspek. Pertama, media sosial membantu kemunculan politik baharu dan pendemokrasian. Kedua, media sosial menyumbang kepada pemerkasaan rakyat. Media sosial yang bebas daripada kongkongan penguasa dapat memberi maklumat politik alternatif yang kritikal tentang kerajaan dan maklumat politik baharu yang sarat dengan idealisme rakyat. Justeru media sosial membolehkan rakyat mengakses dan berkongsi maklumat politik secara bebas yang mempengaruhi mereka membuat pilihan semasa mengundi dalam pilihan raya.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Elections -- Malaysia | - |
dc.subject | Political campaigns -- Malaysia | - |
dc.subject | Malaysia -- Politics and government -- 21st century | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Media sosial dalam PRU-13 dan impaknya terhadap politik Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 186 | - |
dc.identifier.callno | JQ1062.A95B333 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004544(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117884+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.