Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497735
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Nor Shahizan Ali, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorLoh Yoke Ling (P81352)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:09:00Z-
dc.date.available2023-10-13T08:09:00Z-
dc.date.issued2019-01-29-
dc.identifier.otherukmvital:117876-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497735-
dc.descriptionPenyaluran ideologi dengan menggunakan filem dokumentari bersifat sejarah memberi kelebihan kepada kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar negara. Sifat karakter filem dokumentari yang mempersembahkan 'realiti' membawa penafsiran yang pelbagai kepada khalayak sasarannya. Maka, pemahaman dan interpretasi khalayak mestilah sealiran dengan ideologi yang ingin disampaikan oleh kerajaan bagi mengelakkan berlakunya salah tafsiran informasi. Namun, terdapat kajian menunjukkan bahawa penafsiran penonton adakalanya tidak sealiran dengan kehendak penerbit. Khalayak sasaran terutamanya golongan belia mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri dalam menilai filem dokumentari yang ditonton oleh mereka. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti penstrukturan lima bidang estetik media dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi literasi media golongan belia dalam memahami serta menginterpretasi ideologi filem dokumentari sejarah. Kerangka konseptual dibentuk berlandaskan tiga pemboleh ubah bebas iaitu pemikiran kritikal dalam menginterpretasi teks media yang diperkenalkan oleh Messaris, estetik media oleh Zettl dan faktor kekangan teknologi semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan kepada reka bentuk bertindan yang diperkenalkan oleh Cresswell. Kaedah analisis kandungan filem dokmentari The Malayan Emergency (2010) telah digunakan bagi mengenalpasti pengstrukturan lima bidang estetik media terhadap filem dokumentari ini. Data daripada kaedah analisis kandungan digunakan untuk mereka bentuk instrumen kaedah eksperimen bagi menguji literasi media belia dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Hasil analisis kandungan menunjukkan estetik media sesuai digunakan dalam filem dokumentari biarpun bersifat sejarah. Selain menghasilkan visual yang menarik, ia juga meningkatkan emosi kepada khalayak. Hasil eksperimen menunjukkan bahawa pemikiran kritikal, estetik media dan pendedahan internet sememangnya mempengaruhi interpretasi ideologi dalam filem dokumentari bersifat sejarah. Antara lain, hasil kajian eksperimen juga menunjukkan bahawa pemikiran kognitif dan latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh belia telah mempengaruhi interpretasi dan pemahaman filem dokumentari bersifat sejarah. Selain itu, pendedahan kepada Internet juga mempengaruhi literasi media belia dalam menilai secara kritikal terhadap filem dokumentari sejarah. Kesimpulannya, interpretasi dan pemahaman ideologi belia terhadap filem dokumentari bersifat sejarah dipengaruhi oleh faktor individu (latar belakang pendidikan dan pemikiran kognitif), faktor teks media (estetik media) dan faktor luaran (pendedahan Internet). Jadi, faktor individu itu menjadi aspek utama dalam literasi media untuk menilai mesej secara kritikal. Model literasi media telah dihasilkan bagi menjelaskan literasi media belia terhadap filem dokumentari bersifat sejarah. Penyelidikan ini juga menyenaraikan cadangan kajian akan datang dari segi teori, persampelan dan metodologi.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMedia literacy-
dc.subjectDocumentary films -- History and criticism-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleLiterasi media belia dalam menginterpretasi ideologi filem dokumentari The Malayan Emergency (2010)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages386-
dc.identifier.callnoP96.M4L634 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004536(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117876+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.