Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497733
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Nidzamuddin Sulaiman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Bakaruddin Rosyidi Ahmad (P45390) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:08:57Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:08:57Z | - |
dc.date.issued | 2018-12-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117874 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497733 | - |
dc.description | Matlamat kajian ini ialah menjelaskan hubungan faktor sosial-demografi ke atas tingkah laku pengundi, menjelaskan hubungan identifikasi parti ke atas tingkah laku pengundi, memahami pengetahuan dan amalan politik wang (vote buying) menurut perspektif pengundi, calon, dan penyelenggara pilihan raya (SPRU), dan untuk memahami pengaruh politik wang ke atas tingkah laku pengundi masyarakat Bukittinggi dalam Pilihan Raya Ahli Parlimen 2014. Bagi mencapai matlamat tersebut, pengkaji telah menjalankan kajian lapangan dengan menggunakan kaedah gabungan (mixed method) antara kuantitatif dan kualitatif. Secara kuantitatif pengkaji menemubuali 380 responden masyarakat Bukittinggi dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 103 soalan mengikut pembolehubah-pembolehubah dan penunjuk yang telah ditetapkan. Data yang diperolehi daripada responden ini telah dianalisis menggunakan SPSS (versi 21.0) dan chi square. Secara kualitatif pengkaji menemubuali secara mendalam (indepth interview) 7 orang informan kunci (key informan) termasuk informan triangulasi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor politik wang adalah faktor paling dominan yang mempengaruhi tingkah laku pengundi masyarakat Bukittinggi dalam Pilihan Raya Ahli Parlimen 2014, apabila dibandingkan dengan faktor-faktor sosial-demografi dan identifikasi partai. Seterusnya dapatan kajian ini menunjukkan tiga temuan baru khususnya mengenai faktor penyebab politik wang di luar mainstream pengetahuan politik wang yang ada selama ini. Pertama, politik wang berlaku kerana dianggap sebagai sesuatu yang lazim dalam pesta demokrasi; kedua, politik wang berlaku kerana kurangnya pengetahuan dan pemahaman baik oleh pengundi dan calon mahupun petugas pilihan raya mengenai politik wang; ketiga, politik wang berlaku kerana diangap sebagai tingkah laku 'rasuah politik tahap awal' yang masih boleh diterima oleh masyarakat.Temuan baru yang lain adalah mengenai bentuk-bentuk politik wang yang mencakupi: pengkhidmatan kesihatan percuma, ambulans percuma, projek pembinaan lampu jalan, bantuan biaya pesta perkahwinan, syukuran khatam Al-Qur'an, syukuran aqiqah dan majlis khitanan, melancong percuma, aktiviti badendang-basaluang, dan marosok-rosok. Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya kajian serupa dengan penggunaan instrumen kajian yang lain seperti structural Equation Modeling (SEM) dan pengambilan data yang bersifat partisipan pada masa politik wang sedang berlaku, dan di kawasan lain di Indonesia perlu dilakukan bagi memperkukuh lagi dapatan kajian ini.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Democracy -- Indonesia -- Sumatera Barat | - |
dc.subject | Political participation -- Indonesia -- Sumatera Barat | - |
dc.subject | Sumatera Barat (Indonesia) -- Politics and government | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Tingkah laku pengundi dan politik wang: kes tingkah laku pengundi dalam pilihan raya ahli parlimen 2014 di Bukittinggi Sumatera Barat | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 332 | - |
dc.identifier.callno | JS7205.S89B335 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004534(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117874+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.