Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497730
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSity Daud, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorKushananto (P85583)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:08:49Z-
dc.date.available2023-10-13T08:08:49Z-
dc.date.issued2019-07-08-
dc.identifier.otherukmvital:117659-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497730-
dc.descriptionKajian ini membahas transformasi doktrin ketenteraan Indonesia sejak 1967 sehingga 2017 dan implikasinya terhadap keselamatan nasional Indonesia. Doktrin ketenteraan Indonesia telah ditransformasi sebanyak lima kali sejak era Orde Baru 1967 hingga era Reformasi 2017, namun demikian Indonesia masih mengalami pelbagai ancaman keselamatan nasional. Kajian ini bertujuan merungkai sejauhmana transformasi yang dilaksanakan dalam bidang doktrin tentera telah memberi impak kepada keselamatan nasional Indonesia. Penyelidikan ini mempunyai tiga objektif, pertama mengenal pasti faktor-faktor utama bagi transformasi doktrin tentera di Indonesia. Kedua, menganalisis pengaruh politik domestik, geopolitik serantau dan faktor sistemik terhadap implementasi transformasi doktrin tentera. Ketga, menganalisis impak transformasi doktrin tentera terhadap keselamatan nasional Indonesia. Penyelidikan menggunakan metodologi campuran model concurrent embedded dengan kaedah kualitatif sebagai kaedah primer dan kaedah kuantitatif sebagai kaedah sekunder serta teori Realisme Neoklasik sebagai alat analisis. Data kualitatif dikumpulkan melalui temu bual terhadap informan terpilih, kajian dokumentasi dan kajian kepustakaan. Data kuantitatif dikumpulkan melalui tinjauan terhadap 400 responden masyarakat am di lapan bandar yang mempunyai ancaman keselamatan nasional tertinggi di tujuh pulau terbesar Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa transformasi doktrin tentera berlaku dalam aspek organisasi, profesionalisme dan pola operasi ketenteraan. Perkembangan politik domestik sebagai faktor utama punca berlakunya transformasi doktrin tentera Indonesia. Politik domestik, geopolitik serantau dan faktor sistemik berpengaruh signifikan terhadap implementasi transformasi doktrin ketenteraan dalam menjamin keselamatan nasional Indonesia. Doktrin tentera yang dilaksanakan sejak 1967 hingga 1988 berjaya mengekalkan kestabilan keselamatan nasional, tetapi implementasi doktrin tentera 1988-2007 bukan saja tidak mampu mengawal keselamatan nasional, tetapi keselamatan nasional Indonesia sangat terancam daripada pengganas dan konflik sosial. Kesimpulannya, ketenteraan Indonesia melakukan transformasi doktrin sebagai bentuk penyesuaian terhadap perkembangan politik domestik, geopolitik serantau dan faktor sistemik dalam mengawal kedaulatan negara, keutuhan wilayah dan keselamatan bangsa Indonesia. Kajian ini boleh dijadikan rujukan dalam melakukan penambahbaikan pengurusan doktrin tentera dan keselamatan nasional Indonesia melalui perspektif realisme neoklasik.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNational security -- Indonesia-
dc.subjectIndonesia -- Military policy-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTransformasi doktrin tentera dan implikasinya terhadap keselamatan nasional Indonesia (1967 – 2017)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages320-
dc.identifier.callnoUA853.I5K837 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004509(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117659+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.