Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497727
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shaiful Bahri Md Radzi, Dr. | - |
dc.contributor.author | Suhaila Mohamed (P75235) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:08:46Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:08:46Z | - |
dc.date.issued | 2018-03-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117440 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497727 | - |
dc.description | Kajian ini membicarakan fenomena makan dan makanan dalam folklor bandaran dari segi fungsi penciptaannya. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa menawarkan pelbagai jenis juadah makanan sama ada kuih-muih, masakan, mahupun minuman untuk dinikmati. Lazimnya, juadah ini disediakan oleh setiap bangsa dan suku kaum bagi dinikmati dalam pelbagai rupa bentuk, cita rasa dan masa. Ada makanan yang berkuah, berbungkus, bergoreng, berkukus serta terdapat juga yang manis, lemak dan pedas bagi dinikmati berdasarkan kesesuaian waktu baik pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Makanan ini juga hadir disediakan secara bermusim bagi suatu keramaian dan perayaan yang ada kalanya mempunyai konotasi ritual. Dalam menikmati fenomena makan dan makanan ini pelbagai bentuk genre sastera dicipta dengan mengubah fungsi makanan ini daripada pemberi nutrisi dan tenaga kepada bentuk hiburan dalam senda gurauan. Pantun, lagu, teka-teki dan cerita adalah antara hasil daripada penciptaan ini yang dalam konteks semasa dapat dianggap sebagai folklor bandaran. Folklor bandaran ini tersebar secara meluas di alam siber bagi dikongsi bersama oleh masyarakat umum. Di sebalik memperlihatkan kreativiti penciptaan dalam berhibur terdapatnya mesej tertentu yang cuba diungkap dan amat bermanfaat untuk diselidiki. Kajian kualitatif ini mengaplikasikan metod analisis isi kandungan. Data kajian ini ialah genre folklor bandaran tentang fenomena makan dan makanan yang dikumpulkan daripada media sosial seperti laman web, blog dan pelbagai aplikasi komunikasi, yang antara lainnya termasuklah You Tube, Facebook, SMS dan What's App. Bagi melihat fungsi folklor bandaran ini maka Teori Fungsionalisme William Bascom diaplikasikan. Hasil kajian membuktikan bahawa karya folklor bandaran bermotifkan fenomena makan dan makanan bukan sahaja berperanan sebagai hiburan tetapi dalam masa yang sama bertindak sebagai kritik sosial, pengerat hubungan dan interaksi sosial serta alat untuk mengucapkan larangan (tabu). Dalam berhibur juga, karya folklor bandaran memberi ruang pendidikan kepada manusia untuk mengetahui nama makanan, adab makan, pengajaran dan nilai moral yang terkandung dalam karya. Karya ini juga menjadi sumber rujukan dan petunjuk kepada jati diri dan pengabsahan budaya masyarakat. Kajian ini memberikan sumbangan yang begitu signifikan dalam mengenali tabiat diri dan masyarakat menerusi fenomena makan dan makanan.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Falsafah | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Food habits | - |
dc.subject | Dinners and dining | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Fenomena makan dan makanan dalam folklor bandaran | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 193 | - |
dc.identifier.callno | GT2850.S843 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004465(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117440+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.