Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497725
Title: Interaksi sosial dan kesepaduan sosial antara penduduk tempatan dengan orang luar dan orang asing di Pulau Labuan
Authors: Mohd. Sharial Bungsu (P60509)
Supervisor: Rahimah Abdul Aziz, Prof. Dr
Keywords: Social interaction -- Malaysia
Multiculturalism -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Apr-2019
Description: Kajian ini meneliti hubungan antara interaksi sosial dan kesepaduan sosial yang berlaku akibat pertembungan dan keberadaan kelompok penduduk tempatan, orang luar dan orang asing dalam kawasan yang sama di Pulau Labuan, Malaysia. Kesepaduan sosial yang wujud di Pulau Labuan adalah akibat daripada percampuran hidup serta sikap dan tingkah laku positif penduduk tempatan terhadap kelompok berlainan.Terdapat tiga objektif dalam kajian ini: pertama, menganalisis pola interaksi sosial antara pelbagai kelompok. Kedua, mendalami faktor yang menentukan kesepaduan sosial. Ketiga, meneliti keadaan kesepaduan sosial antara pelbagai kelompok. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai 12 orang informan penduduk tempatan, enam orang informan orang luar dan enam orang informan orang asing telah ditemu bual secara mendalam. Kaedah pemerhatian tanpa turut serta juga turut digunakan. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah teori interaksi sosial Simmel dan teori kesepaduan sosial Jenson yang menggambarkan bahawa interaksi sosial menjadi faktor penentu kepada kewujudan kesepaduan sosial dalam sebuah komuniti. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebelum berlaku interaksi sosial antara penduduk tempatan dengan orang luar dan orang asing di Pulau Labuan, penduduk tempatan cenderung mengamalkan sikap prejudis dan stereotaip terhadap kelompok orang luar dan orang asing. Amalan prejudis dan stereotaip itu didapati berkurangan setelah penduduk tempatan mula berinteraksi dan menerima keberadaan orang luar dan orang asing dalam kawasan mereka. Penerimaan penduduk tempatan itu ditunjukkan dalam bentuk sikap dan tingkah laku positif terhadap orang luar dan orang asing yang akhirnya membawa kepada kesepaduan sosial antara mereka. Walau bagaimanapun, kajian turut mendapati potensi ketegangan sosial antara pelbagai kelompok masih lagi ada selagi sikap dan tingkah laku negatif terhadap kelompok berlainan tidak dihapuskan sepenuhnya. Dapat disimpulkan bahawa sungguhpun keadaan perpaduan masih belum mantap di Malaysia tetapi asasnya sudah ada iaitu kesepaduan sosial. Kesepaduan sosial merupakan kunci utama untuk membuka pintu perpaduan. Bagi mewujudkan kesepaduan sosial pula, interaksi sosial antara pelbagai kelompok dalam komuniti perlu berlaku terlebih dahulu.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 195
Call Number: HN700.6.A8M857 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117438+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.