Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497711
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zubir Idris, Dr. | |
dc.contributor.author | Wan Khairoslinda Wan Mohd. Khairi (P69541) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:08:21Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:08:21Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117319 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497711 | - |
dc.description | Cerita panji yang popular di Jawa telah berkembang ke seluruh Kepulauan Melayu pada suatu ketika dahulu. Banyak naskhah cerita panji telah dikaji menggunakan pelbagai pendekatan dan rangka penyelidikan oleh pengkaji tempatan mahupun luar negara. Namun, cerita panji yang didokumentasikan di Malaysia masih kurang dikaji meskipun terdapat sejumlah besar naskhah cerita panji yang tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya. Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi empat objektif. Objektif yang pertama ialah meneliti manuskrip MS 46 cerita panji yang berjudul Hikayat Kelana Sita Kembar, yang tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mentransliterasikannya sebagai satu kajian naskhah. Objektif kedua ialah mengenal pasti kandungan leksikal dalam naskhah Hikayat Kelana Sita Kembar dan menyusunnya dalam bentuk daftar kata. Objektif ketiga ialah membincangkan naskhah Hikayat Kelana Sita Kembar sebagai sebuah genre cerita panji. Objektif terakhir, menganalisis kewujudan unsur rasa yang membawa nilai keindahan ketika membaca cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembar berdasarkan teori rasa-fenomenologi. Kajian ini menggunakan dua kerangka, iaitu penyelenggaraan naskhah cerita panji dan kerangka teori rasa-fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz (1995). Melalui penyelenggaraan naskhah, manuskrip ini ditransliterasikan daripada tulisan Jawi ke Rumi dan dicerakinkan. Kajian ini mendapati, judul sebenar manuskrip ini ialah Hikayat Kelana Sita Kembara dan bukan Hikayat Kelana Sita Kembar seperti yang dikatalogkan. Sejumlah 520 kata bahasa Melayu yang menerima pengaruh bahasa Arab, Sanskrit dan Jawa dikenal pasti. Berdasarkan sembilan ciri umum cerita panji dengan membuat perbandingan naskhah Hikayat Misa Tameng Jaya Kesuma dengan Hikayat Chekel Waneng Pati, kajian ini berjaya mengesahkan bahawa Hikayat Kelana Sita Kembara ialah naskhah cerita panji. Melalui dua kaedah bacaan (struktur multilapisan dan struktur kuasi temporal), kajian ini berjaya merungkaikan tujuh jenis rasa ketika membaca naskhah cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara. Lima jenis rasa, iaitu rasa wira, rasa marah, rasa berahi, rasa duka dan rasa kagum dapat merungkaikan pengalaman estetik ketika membaca naskhah MS 46 yang memaparkan watak utama. Selanjutnya, dua jenis rasa, iaitu rasa lucu dan rasa benci pula berjaya dicerakinkan untuk menjelaskan watak sampingan. Kesimpulannya, penyelenggaraan naskhah berjaya merungkaikan manuskrip ini dengan lebih tuntas manakala analisis teori rasa-fenomenologi pula dapat menjelaskan keindahan estetik di samping nilai-nilai murni secara implisit ketika membaca karya kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya manuskrip cerita panji, Hikayat Kelana Sita Kembara.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Classical literature -- Indonesia -- Java | |
dc.subject | Folk literature | |
dc.subject | Javanese | |
dc.subject | Javanese literature | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara: sebuah kajian naskhah dan analisis teori rasa-fenomenologi | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 630 | |
dc.identifier.callno | PL5139.W336 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004455(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117319+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.