Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497708
Title: Pengaruh gaya perapatan, gaya keibubapaan, strategi daya tindak dan ketahanan diri ke atas kepuasan hidup remaja di Daerah Petaling, Selangor
Authors: Wan Samhanin Wan Sulaiman (P66701)
Supervisor: Nor Ba'yah Abdul Kadir, Prof. Madya Dr.
Keywords: Attachment behavior in adolescence
Resilience (Personality trait) in adolescence
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jul-2019
Description: Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan faktor peramal gaya perapatan dan gaya keibubapaan terhadap kepuasan hidup remaja dengan strategi daya tindak dan ketahanan diri bertindak sebagai pengantara dalam hubungan faktor-faktor yang dikaji. Sejumlah 410 pelajar lelaki dan perempuan berumur lingkungan 15 hingga 17 tahun dipilih secara rawak mudah daripada tiga buah sekolah menengah di Daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Lima soal selidik iaitu Gaya Perapatan (Attachment Style Questionnaire), Gaya Keibubapaan (Parental Authority Questionnaire), Strategi Daya Tindak (Brief COPE),Ketahanan Diri (Resilience Scale) dan Skala Kepuasan Hidup Pelajar Multidimensi (Multidimensional Students' Life Satisfaction Scale) ditadbir melalui reka bentuk kajian tinjauan keratan lintang untuk memperoleh data. Analisis regresi pelbagai stepwise dijalankan untuk menilai kuasa peramal gaya perapatan, gaya keibubapaan, strategi daya tindak dan ketahanan diri terhadap kepuasan hidup remaja. Keputusan menunjukkan bahawa perapatan selamat dan ketahanan diri meramalkan keseluruhan kepuasan hidup,sementara perapatan tidak selamat dan strategi daya tindak berfokuskan pengelakan hanya mempengaruhi kepuasan hidup remaja bersama-sama keluarga, kawan-kawan, persekitaran tempat tinggal dan sekolah. Selain itu, remaja dilaporkan mencapai kepuasan hidup bersama-sama keluarga, kawan-kawan dan di persekitaran tempat tinggal apabila mempunyai ibu bapa yang autoritatif. Seterusnya analisis PROCESS digunakan untuk mengenal pasti pengantara dalam hubungan gaya perapatan, gaya keibubapaan dan kepuasan hidup. Ketahanan diri ditekankan sebagai pengantara paling penting dalam hubungan perapatan selamat, perapatan tidak selamat, gaya keibubapaan autoritatif dan kepuasan hidup. Di samping itu, strategi daya tindak berfokuskan emosi pula mempengaruhi hubungan antara perapatan selamat, perapatan tidak selamat, gaya keibubapaan autoritatif dan kepuasan hidup diri remaja serta bersama-sama kawan. Namun, kesan pengantara strategi daya tindak berfokuskan pengelakan hanya terdapat dalam hubungan perapatan tidak selamat, gaya keibubapaan permisif, autoritarian dan kepuasan hidup. Implikasi kajian ini menekankan kepentingan peranan ibu bapa dalam menyumbang kepada kepuasan hidup remaja.,Ph.D.
Pages: 396
Call Number: BF723.A75W337 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117007+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
935.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.