Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497706
Title: | A multimodal design framework for digital contents to enhance English literacy of marginalised youths |
Authors: | Tenku Putri Norishah Tenku Shariman (P53506) |
Supervisor: | Norizan Abdul Razak, Prof. Datin Dr. |
Keywords: | English language -- Study and teaching -- Computer network resources Technology and youth Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Mar-2018 |
Description: | Kajian jurang digital telah memberi lebih fokus kepada isu-isu teknologi dan kurang memberi perhatian pada kandungan digital tempatan berbahasa Inggeris. Pendekatan mereka-bentuk kandungan digital berbahasa Inggeris, berdasarkan teori-teori "Diffusion of Innovation" oleh Roger dan "Integrated Second Language Acquisition with Multimodal" oleh Plass dan Jones, yang memberi tumpuan pada konteks serta pengguna diperlukan oleh mereka yang terpinggir disebabkan jurang digital kerana keperluan dan keutamaan mereka yang berbeza. Selain itu, kajian mendapati bahawa pengguna internet menggunakan strategi literasi yang berbeza apabila berinteraksi dengan kandungan digital multimodal dan linear dibandingkan interaksi mereka dengan kandungan bercetak statik. Tiga objektif memandu kajian ini yang menggunakan pendekatan kaedah gabungan serta melibatkan 791 belia terpinggir di skim perumahan kos rendah kerajaan yang berlokasi di kawasan bandar. Untuk mengenal-pasti ciri-ciri kandungan digital yang menjadi pilihan serta diperlukan oleh peserta, analisis faktor telah digunakan untuk mengekstrak factor-faktor yang mentakrifkan keperluan dan kecenderungan minat peserta, manakala analisis regresi berganda dijalankan bagi mengenalpasti kesan pengaruh demografi terhadap pembolehubah bersandar. Seterusnya, seramai 19 belia telah dipilih dari sampel untuk mengambil bahagian dalam tiga temubual kumpulan fokus, manakala pemerhatian telah dijalankan ke atas satu kumpulan untuk meneroka bagaimana belia terpinggir melakukan literasi multimodal semasa menggunakan kandungan digital Bahasa Inggeris. Kod bertema digunakan untuk menganalisis temubual kumpulan fokus dan satu senarai semak telah digunakan untuk menganalisis peserta kajian ketika sessi pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris bukan satu faktor penting yang mempengaruhi peserta di dalam menentukan keperluan dan pilihan kandungan digital. Walau bagaimanapun, jenis maklumat, faktor kontekstual, dan unsur-unsur multimodal didapati penting. Dua sub-tema literasi multimodal yang memudahkan pengambilan, integrasi, persepsi, dan pemahaman naratif interaktif dan multimodal dalam kandungan digital adalah strategi interaksi dan strategi pembacaan multimodal. Faktor-faktor kontekstual yang telah mempengaruhi peserta untuk mengakses dan menggunakan kandungan digital berbahasa Inggeris terdiri daripada ciri-ciri relative advantage, compatibility dan complexity dalam kandungan yang sering dipilih oleh belia terpinggir. Penemuan daripada kajian ini telah menyumbang kepada pembangunan rangka kerja reka-bentuk multimodal bagi kandungan digital tempatan berbahasa Inggeris yang bertujuan untuk belia terpinggir. Rangka kerja ini dijangka mampu menggalakkan peningkatan akses dan penggunaan kandungan digital berbahasa Inggeris untuk meningkatkan literasi bahasa Inggeris belia terpinggir.,Ph.D. |
Pages: | 291 |
Call Number: | PE1128.3.T446 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117004+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.76 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.