Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497699
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamaruddin Said, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Hertina Ahmad (P24078) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:08:08Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:08:08Z | - |
dc.date.issued | 2011-04-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:115169 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497699 | - |
dc.description | Dalam masyarakat Limo Koto Kampar, pemilikan tanah mempunyai makna penting, iaitu sebagai sumber ekonomi dan sekaligus sebagai simbol status sosial. Tanah merupakan tempat hidupnya masyarakat dan tempat di mana anggotanya dipusarakan. Di daerah Limo Koto Kampar ada pelbagai kategori tanah antaranya: (1) tanah adat (ulayat) yang terbahagi kepada dua iaitu tanah ulayat suku dan tanah ulayat negeri, (2) tanah pusaka yang terbahagi kepada dua iaitu pusaka tinggi dan pusaka rendah, dan (3) tanah hak milik peribadi. Pada tahun 1998, proses reformasi di Indonesia telah menjadikan masyarakatnya lebih sedar akan hak dan tanggung jawab mereka. Reformasi politik yang berlaku diikuti juga reformasi tanah yang menyebabkab berlakunya pelbagai konflik tanah. Konflik ini juga timbul di daerah Limo Koto Kampar. Kawasan kajian terletak di daerah Limo Koto Kampar yang terdiri dari Koto Kuok, Koto Salo, Koto Bangkinang, Koto Air Tiris dan Koto Rumbio. Kajian ini adalah mengenai masalah kepemilikan dan penyelesaian konflik tanah ulayat di daerah Limo Koto Kampar. Juga menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya konflik tanah ulayat, beberapa bentuk kepemilikan tanah ulayat, dan juga beberapa bentuk kes konflik tanah ulayat di daerah Limo Koto Kampar. Konflik ini berlaku antaranya disebabkan penglibatan kerajaan yang lebih cenderung terhadap pengusaha tempatan atau luar negara. Juga disebabkan masyarakat (anak kemenakan) yang kurang pemahaman terhadap nilai dan ketentuan adat yang berlaku. Juga oleh pimpinan suku (ninik mamak) yang kurang memberikan perhatian terhadap anak kemenakan. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan teknik yang digunakan dalam memperoleh data adalah pemerhatian dan temubual. Kajian ini mendapati beberapa bentuk konflik tanah ulayat antaranya, konflik antara ninik mamak dengan ninik mamak, konflik antara ninik mamak dengan anak kemenakan, konflik antara anak kemenakan dengan anak kemenakan, dan antara ninik mamak dengan syarikat (perusahaan) yang melibatkan pemerintah. Upaya penyelesaian konflik tanah ini, terdapat dua cara, pertama melalui perbincangan adat mengutamakan mesyuarat antara dua pihak, dan kedua melalui penyelesaian mahkamah. Namun saat ini upaya penyelesaian konflik melalui mahkamah mempunyai banyak kelemahan. Antaranya mahkamah sudah mempunyai beban yang berat dalam menyelesaikan pelbagai konflik, prosedur dan prosesnya melalui pelbagai birokrasi sehingga menyebabkan penyelesaian sengketa berbelit (rumit) dan memakan waktu yang lama. Dengan melihat kelemahan yang ada dalam penyelesaian sengketa pertanahan melalui mahkamah tersebut maka timbul usaha penyelesaian sengketa di luar mahkamah, iaitu penggubalan Undang-undang Nomor 30 Tahun 1999 tentang Arbitrase dan Alternatif penyelesaian sengketa.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Land tenure -- Law and legislation -- Indonesia -- Riau (Province) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Masalah kepemilikan dan penyelesaian konflik tanah Ulayat di daerah Limo Koto Kampar-Riau | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 215 | - |
dc.identifier.callno | KNW.A379 2011 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002512(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115169+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 25.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.