Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497697
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rashila Ramli, Prof Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Sharifah Syahirah Syed Sheikh (P33290) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:08:06Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:08:06Z | - |
dc.date.issued | 2011-06-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114898 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497697 | - |
dc.description | Tesis ini bertujuan untuk mengkaji representasi politik wanita di luar dari politik formal nasional dan menganalisis kewujudannya di ruangan sosialisasi politik yang yang terhasil dari amalan governans global yang berkembang dari kesan fenomena globalisasi. Fokus diberikan kepada satu perjanjian antarabangsa yang diiktiraf khas oleh PBB iaitu Convention of Elimination of All Form of Discrimination Against Women (CEDAW) dan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah mengiktirafnya pada tahun 1995. Proses representasi politik dan pemerkasaan wanita di Malaysia dinilai melalui sudut pandang representasi diskriptif dan substantif dengan menganalisis hubungan CEDAW dan Malaysia dalam ruang governans global. Tesis ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menjalankan temu bual bersama 22 orang responden yang terdiri daripada ahli parlimen, aktivis, ahli akademik, pegawai kerajaan dan NGO. Tumpuan juga diberikan kepada dokumen-dokumen rasmi terutamanya Laporan Kepada Jawatankuasa CEDAW: Laporan Pertama Dan Kedua Malaysia CEDAW, Laporan NGO Shadow CEDAW Malaysia, Rekod Kesimpulan Mesyuarat ke-732 Sesi Ke-35 Jawatankuasa CEDAW dan Komen Kesimpulan Jawatankuasa CEDAW. Data primer juga diperolehi melalui pemerhatian dan partisipasi dengan menghadiri 17 perjumpaan, bengkel dan konvensyen yang berkaitan dengan hal ehwal wanita di Malaysia yang diadakan sepanjang tahun 2007 hingga 2009. Tesis ini mengaplikasi pendekatan konstruktivis sosial politik global serta mendokong epistemologi feminisme. Hasil kajian tesis ini mendapati bahawa pelbagai bentuk representasi politik yang wujud serta berperanan dalam memastikan agenda pemerkasaan wanita dilaksanakan di Malaysia dalam ruang governans global, setelah kerajaan Malaysia meratifikasi CEDAW. Analisis representasi politik dalam ruang governans global telah mengenalpasti tiga entiti utama iaitu CEDAW-PBB, kerajaan Malaysia dan masyarakat sivil. Analisis mengenai hubungan CEDAW dan Malaysia juga mengenalpasti empat bentuk kuasa. Jenis-jenis kuasa ini mempengaruhi peranan pelbagai aktor yang wujud dalam tiga entiti utama tersebut. Penyelidikan ini mendapati bahawa kuasa institusional dan kuasa produktif telah menyumbang kepada kekuatan representasi wanita di Malaysia. Namun, dua kuasa tersebut bersifat tersebar dan memerlukan jaringan kerja yang berterusan untuk memastikan representasi politik wanita berkekalan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Women -- Political activity -- Malaysia | - |
dc.subject | Women's rights -- Malaysia | - |
dc.subject | Women -- Malaysia -- Social conditions | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Representasi politik dan governans global: kajian mengenai CEDAW dan pemerkasaan wanita di Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 252 | - |
dc.identifier.callno | HQ1236.5.M4S533 2011 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002479(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114898+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 28.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.