Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497696
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Agus Yusoff, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Asrinaldi (P35822) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:08:04Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:08:04Z | - |
dc.date.issued | 2011-04-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114840 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497696 | - |
dc.description | Tesis ini mengkaji politik kekuasaan pusat di Indonesia dan menilai impaknya ke atas demokrasi lokal di Sumatera Barat. Bagi mengukuhkan hujah, tesis ini menggunakan konsep autonomi negara yang dikembangkan oleh Theda Skocpol. Tesis ini menggunakan dua metod utama penyelidikan, iaitu pengumpulan data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi melalui temu bual intensif dengan tokoh-tokoh yang memiliki kepakaran dan pengetahuan yang sesuai dengan tujuan kajian ini. Data sekunder pula diperolehi dari buku, jurnal, monograf, dan akhbar. Kedua-dua data ini kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian ini mendapati lima perkara utama. Pertama, berbeza dengan kajian lain yang menyatakan politik kekuasaan pusat harus dikawal kerana ia boleh menggagalkan demokrasi lokal, tesis ini sebaliknya mendapati politik kekuasaan pusat adalah mustahak dikekalkan kerana ia lebih berjaya dalam mengendalikan demokrasi lokal dan menjaga kesatuan negara. Kedua, berbeza dengan kajian lain yang menyatakan autonomi daerah adalah penting untuk mendapatkan kebebasan dalam hal pentadbiran dan kewangan, kajian ini mendapati politik kekuasaan pusatlah melalui peranan birokrasi yang lebih berjaya menjaga kesimbangan politik sentripetal dan sentrifugal di semua aras pentadbiran dan kewangan. Ketiga, berbeza dengan kajian sebelumnya yang mendapati autonomi daerah, pemekaran daerah dan pemilihan kepala daerah langsung (Pilkada) adalah penting untuk pembangunan demokrasi lokal, kajian ini mendapati ketiga-tiga hal tersebut adalah sebenarnya gagal dilaksanakan, sebaliknya hanya berjaya dilaksanakan setelah politik kekuasaan pusat melalui autonomi negara dikuatkuasakan. Keempat, kajian ini mendapati politik kekuasaan pusat bukan sahaja telah berjaya mengembangkan demokrasi lokal di Indonesia, tetapi juga mengekalkan kekuasaan negara. Kelima, berbeza dengan kajian lain yang menyatakan autonomi daerah adalah penting untuk menjayakan Orde Reformasi, kajian ini sebaliknya berhujah bahawa kekuasaan politik pusatlah yang lebih penting bagi menjayakan Orde Reformasi. Analisis akhirnya, tesis ini mendapati pelaksanaan autonomi negara di bawah Orde Reformasi yang mengutamakan kepentingan negara adalah asas utama kejayaan demokrasi lokal di Sumatera Barat berbanding dengan pelaksanaan hegemoni negara yang mengutamakan kepentingan rejim semasa pemerintahan Orde Baru.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Indonesia -- Politics and government | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Politik kekuasaan pusat dan impaknya ke atas demokrasi lokal di Sumatera Barat | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 297 | - |
dc.identifier.callno | DS644.A837 2011 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002447(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114840+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 36.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.