Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497693
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhazin Mohd. Tamrin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNelmawarni (P30637)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:08:00Z-
dc.date.available2023-10-13T08:08:00Z-
dc.date.issued2011-01-04-
dc.identifier.otherukmvital:114681-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497693-
dc.descriptionPersoalan kajian ini ialah mengenai aktiviti merantau di kalangan perantau, peneroka dan pedagang Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu pada zaman kolonial. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan secara terperinci mengenai peranan dan sumbangan masyarakat Melayu suku Minangkabau dalam membina petempatan baru di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian ini juga turut membincangkan tentang aktiviti perdagangan di kalangan orang Minangkabau sehingga zaman kolonial Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian yang berdasarkan kepada penggunaan sumber primer, sekunder dan tertiar memfokuskan kepada Semenanjung Tanah Melayu sebagai lokasi kajian utamanya. Sumber primer seperti dokumen kolonial dan manuskrip adalah dirujuk di pelbagai arkib dan perpustakaan di Malaysia dan Indonesia. Kaedah penyelidikan luar juga dilakukan untuk mendapatkan maklumat khususnya dari generasi ketiga dan keempat di kalangan keluarga Minangkabau terutamanya yang melibatkan aktiviti perdagangan. Kajian ini juga bertujuan memberi maklumat baru berkaitan tradisi dan aktiviti perantauan Melayu umumnya dan orang Minangkabau khasnya dengan mendedahkan peranan dan sumbangan mereka yang bukan sahaja dalam konteks pembangunan ekonomi kolonial Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan juga memberi pengertian dan kefahaman tentang dunia perantauan Melayu. Kesimpulan kajian bukan sahaja menunjukkan bahawa tradisi merantau sekadar aktiviti perpindahan atau pertukaran tempat tinggal, malahan mengandungi misi dan visi yang lebih luas. Salah satu perkara yang sangat penting adalah untuk memperlihatkan kaitan yang rapat antara aktiviti merantau dengan pembangunan insan dan lanskap seperti yang terbukti dalam tesis ini. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada historiografi Malaysia dan Indonesia, khasnya dalam bidang sejarah sosial.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEmigration and immigration -- History -- 19th century-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerantau Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu: sejarah pedagang dan peneroka, 1824-1957-
dc.typeTheses-
dc.format.pages446-
dc.identifier.callnoJV6029.N435 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002387(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114681+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
922.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.