Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497691
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozainee Khairudin, Dr.-
dc.contributor.authorCharyna Ayu Rizkyanti (P28768)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:58Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:58Z-
dc.date.issued2011-03-28-
dc.identifier.otherukmvital:114610-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497691-
dc.descriptionIngatan Palsu adalah ingatan yang diyakini sebagai ingatan sebenar, tapi pada kenyatannya tidak pernah berlaku. Ingatan palsu telah menjadi tajuk daripada kajian psikologi belakangan ini. Masalah utama berkaitan dengan ingatan palsu adalah kemungkinan bahawa kanak-kanak boleh mengingat peristiwa secara tersilap dan mudah terpengaruh dengan arahan bagi meyakini sesuatu yang sebenarnya tidak pernah berlaku. Tujuan utama daripada kajian ini adalah untuk menyelidiki sama ada maklumat yang digalakkan, terutamanya maklumat tidak benar sesungguhnya mempunyai kesan tertentu dalam mempengaruhi kewujudan ingatan palsu pada kanak-kanak usia prasekolah (3-6 tahun). Enam eksperimen telah dilakukan untuk menerokai isu-isu yang berhubungkait dengan ingatan palsu melalui penggunaan dua jenis ujian ingatan, iaitu ujian ingat semula (ingat semula secara bebas-ingat semula dengan tanda saran) dan ujian pengecaman. Satu filem mengenai adegan rompakan digunakan dalam ujian ingat semula (eksperimen 1 dan 2). Hasil kajian dalam eksperimen 1 mendapati bahawa ingatan kanak-kanak pada umumnya tepat, terutamanya mengenai peristiwa pusat. Namun kanak-kanak yang usianya lebih awal hanya memberikan sedikit maklumat dan kerap menghias peristiwa yang menghasilkan ingatan palsu (F=4.234; k<.01). Dalam eksperimen 2, kanak-kanak diberikan ujian ingat semula dengan tanda saran, iaitu bantuan melalui kiu khusus. Hasil kajian menunjukkan bahawa ingatan palsu didapati meningkat manakala dipersembahkan soalan yang mengelirukan (F=89.198; k<.001). Empat eksperimen seterusnya menyelidik kesan daripada maklumat tidak benar ke atas pengecaman gambar (peristiwa, skema, emosi dan Deese-Roediger-McDermott Paradigma). Tambahan, paradigma DRM digunakan bagi menyokong dapatan sebelumnya. Hasil keseluruhan daripada eksperimen 3-5 mendapati bahawa ingatan palsu wujud apabila kanak-kanak dipersembahkan maklumat tidak benar, iaitu, kanak-kanak biasanya mengecam gambar pengganggu secara tersilap. Dapatan ini mengesahkan pentingnya kesediaan maklumat tidak benar dalam memicu kanak-kanak untuk menghasilkan ingatan palsu dan membina ingatan tanpa disedari bahawa ingatan itu adalah keliru. Terlebih lagi, kajian ini memiliki sumbangan penting bagi sejumlah aspek dalam bidang klinikal, perkembangan dan undang-undang, termasuk kenyataan saksi.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMemory in children-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan maklumat tidak benar ke atas ingatan palsu dalam kalangan kanak-kanak usia prasekolah: satu pendekatan eksperimental-
dc.typeTheses-
dc.format.pages248-
dc.identifier.callnoBF723.M4C483 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002360(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114610+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
19.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.