Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497690
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSity Daud, Prof. Madya Dr-
dc.contributor.authorRasyidin (P33289)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:56Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:56Z-
dc.date.issued2012-08-06-
dc.identifier.otherukmvital:114505-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497690-
dc.descriptionTesis ini adalah tentang pemerkasaan politik gender di wilayah Aceh melalui Memorandum of Understanding (MoU) Helsinki. MoU Helsinki ini merupakan blue print pembangunan di wilayah Aceh yang telah dimeterai pada tahun 2006. Ia meliputi pelbagai aspek pembangunan termasuk pembangunan politik yang memberi fokus kepada kaum wanita. Dari aspek sejarah, Provinsi Aceh pernah mempunyai pengurusan kerajaan dan pentadbiran yang dipimpin oleh wanita, namun pemerkasaan mengalami halangan yang amat berat selepas Aceh menjadi salah satu wilayah di negara Indonesia. Diskriminasi ke atas gender adalah amat ketara sehingga merugikan kaum wanita, pemertikaian pemerkasaan wanita, peluang undang-undang belum digunakan secara optimum oleh wanita, peranan kerajaan, NGO dan masyarakat dalam promosi gender adalah menghadkan penglibatan wanita terutamanya dalam lingkungan politik. MoU antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan kerajaan Indonesia dianggap sebagai satu saluran penting untuk menghapuskan diskriminasi yang dialami oleh wanita Aceh. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Dengan pengumpulan data melalui kaedah temubual intensif dan sumber data sekunder, keseluruhan data tersebut dianalisis secara deskriptif dan historicalstructural. Bagi memantapkan kajian ini, kajian ini mengunakan konsep feminism radikal dan kerangka analisis Longwe. Pada umumnya, hasil kajian menunjukkan bahawa selepas MoU, diskriminasi gender belum juga mengalami perubahan yang ketara dan mantap serta belum menggalakkan, walaupun peratusan penglibatan wanita di bidang politik mengalami peningkatan. Penemuan kajian adalah pertama, budaya patriarki masih diamalkan dengan kuat; tafsiran syariat belum mesra gender, kaum wanita belum optimum menggunakan peluang yang diagihkan undang-undang di bidang politik di samping halangan-halangan lainnya yang menyebabkan terhadnya pemerkasaan politik gender. Kedua, penyertaan negara, pemerintah daerah, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat Aceh mustahak terlibat dalam usaha memahami konsep dan politik gender. Walaupun terdapat peningkatan kerusi wanita dalam parlimen provinsi Aceh, namun kesedaran gender belum juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Ketiga, penelitian menunjukkan bahawa, walaupun peruntukan dalam MOU Helsinki mengalakkan pemerkasaan, pemberian akses dan peningkatan kepekaan gender, program yang dijalankan adalah untuk jangka pendek dan tidak menerapkan ciri kelangsungan. Hasil kajian juga mendapati bahawa peranan pemerintah, ahli agama dan badan bukan kerajaan lebih memainkan peranan sebagai penghalang daripada menjadi pendorong kepada pemerkasaan wanita di Aceh.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectWomen -- Political activity -- Indonesia-
dc.subjectSex discrimination -- Indonesia-
dc.subjectAceh (Indonesia) -- Politics and government -- 21st century-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePemerkasaan politik gender melalui MoU Helsinki: kajian kes provinsi Aceh Indonesia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages372-
dc.identifier.callnoHD57.7.A364 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002322(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114505+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.