Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497687
Title: | Hubungan di antara keadilan organisasi, komitmen organisasi dan kualiti hubungan ketua-ahli dengan tingkah laku kewargaan organisasi di kalangan kakitangan perkhidmatan awam |
Authors: | Abdul Jalil bin Hassan |
Supervisor: | Prof. Dr. Rohany Nasir |
Keywords: | Keadilan organisasi Komitmen organisasi Kakitangan perkhidmatan awam Psychology Industrial |
Issue Date: | 3-Aug-2012 |
Description: | Perkhidmatan awam Malaysia merupakan tonggak utama pentadbiran kerajaan untuk memberikan perkhidmatan kepada kepada masyarakat melalui pelbagai kementerian dan agensi. Dengan itu, ia memerlukan tenaga kerja yang berdedikasi dan mampu bertingkah laku secara positif sesuai dengan kehendak organisasi serta pelanggan. Tingkah laku positif ini dikenali sebagai tingkah laku kewargaan organisasi (TKO). Kurangnya perlakuan positif ini menyebabkan timbul pelbagai budaya negatif seperti ponteng, menghilang waktu bertugas, memburukkan organisasi, mewujudkan suasana tidak harmoni dan sebagainya. Ia memberi kesan kepada imej organisasi dan persepsi pelanggan sehingga meningkatkan jumlah aduan yang dibuat. Persoalannya, apakah yang mendorong kakitangan untuk melakukan tingkah laku positif ini? Apakah faktor yang dapat meramal perlakuan baik ini di kalangan kakitangan? Kajian ini meneliti hubungan keadilan organisasi, komitmen organisasi dan hubungan timbal balas ketua- ahli (HTK) dengan TKO. Di samping menguji pembolehubah manakah yang menjadi peramal terbaik kepada perlakuan positif ini. Selain itu, peranan HTK sebagai mediator dalam hubungan keadilan organisasi dan komitmen organisasi dengan TKO turut diuji. Kajian ini dijalankan di 20 buah kementerian sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur, melibatkan 345 pasangan ketua-ahli yang merangkumi 690 orang. Kakitangan kumpulan sokongan pembantu tadbir (perkeranianloperasi) gred N17 dipilih sebagai subjek kajian. Data telah dikumpul melalui borang soal selidik yang diterjemah iaitu Organizational Justice, Organizational Commitment Questionnaire, Leader-Member Exchange = Multidimentional Messurement dan Organizational Citizenship Behavior Scale. Data dianalisis menggunakan korelasi Pearson, ujian-t, regresi mudah dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan keadilan organisasi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Daripada tiga jenis keadilan, hanya keadilan interaksi mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan TKO. Daripada lima dimensi TKO, hanya altruism dan berbudi bahasa mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan keadilan organisasi. Analisis pembolehubah secara bersilang menunjukkan tiada dimensi TKO berhubung secara signifikan dengan keadilan prosedur, hanya dimensi altruism berhubungan secara positif dan signifikan dengan keadilan pengagihan. Kesemua dimensi TKO kecuali dimensi bertolak ansur mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan keadilan interaksi. Komitmen organisasi dan ketiga-tiga komponennya serta HTK tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan TKO. Ketiga-tiga pembolehubah bebas tidak berupaya meramal TKO, tetapi keadilan organisasi mampu memberikan sumbangan unik yang signifikan kepada perlakuan TKO. HTK tidak memainkan peranan sebagai mediator dalam hubungan keadilan organisasi dan komitmen organisasi dengan TKO. Implikasi dapatan dibincangkan. Kajian ini dirumuskan dengan mengekstrapolasi dapatan 'dengan nilai normatif Islam termaktub dalam Kod Etika Perkhidmatan A warn Malaysia.,Doktor Falsafah,Perkhidmatan awam Malaysia merupakan tonggak utama pentadbiran kerajaan untuk memberikan perkhidmatan kepada kepada masyarakat melalui pelbagai kementerian dan agensi. Dengan itu, ia memerlukan tenaga kerja yang berdedikasi dan mampu bertingkah laku secara positif sesuai dengan kehendak organisasi serta pelanggan. Tingkah laku positif ini dikenali sebagai tingkah laku kewargaan organisasi (TKO). Kurangnya perlakuan positif ini menyebabkan timbul pelbagai budaya negatif seperti ponteng, menghilang waktu bertugas, memburukkan organisasi, mewujudkan suasana tidak harmoni dan sebagainya. Ia memberi kesan kepada imej organisasi dan persepsi pelanggan sehingga meningkatkan jumlah aduan yang dibuat. Persoalannya, apakah yang mendorong kakitangan untuk melakukan tingkah laku positif ini? Apakah faktor yang dapat meramal perlakuan baik ini di kalangan kakitangan? Kajian ini meneliti hubungan keadilan organisasi, komitmen organisasi dan hubungan timbal balas ketua- ahli (HTK) dengan TKO. Di samping menguji pembolehubah manakah yang menjadi peramal terbaik kepada perlakuan positif ini. Selain itu, peranan HTK sebagai mediator dalam hubungan keadilan organisasi dan komitmen organisasi dengan TKO turut diuji. Kajian ini dijalankan di 20 buah kementerian sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur, melibatkan 345 pasangan ketua-ahli yang merangkumi 690 orang. Kakitangan kumpulan sokongan pembantu tadbir (perkeranianloperasi) gred N17 dipilih sebagai subjek kajian. Data telah dikumpul melalui borang soal selidik yang diterjemah iaitu Organizational Justice, Organizational Commitment Questionnaire, Leader-Member Exchange =Multidimentional Messurement dan Organizational Citizenship Behavior Scale. Data dianalisis menggunakan korelasi Pearson, ujian-t, regresi mudah dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan keadilan organisasi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Daripada tiga jenis keadilan, hanya keadilan interaksi mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan TKO. Daripada lima dimensi TKO, hanya altruism dan berbudi bahasa mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan keadilan organisasi. Analisis pembolehubah secara bersilang menunjukkan tiada dimensi TKO berhubung secara signifikan dengan keadilan prosedur, hanya dimensi altruism berhubungan secara positif dan signifikan dengan keadilan pengagihan. Kesemua dimensi TKO kecuali dimensi bertolak ansur mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan keadilan interaksi. Komitmen organisasi dan ketiga-tiga komponennya serta HTK tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan TKO. Ketiga-tiga pembolehubah bebas tidak berupaya meramal TKO, tetapi keadilan organisasi mampu memberikan sumbangan unik yang signifikan kepada perlakuan TKO. HTK tidak memainkan peranan sebagai mediator dalam hubungan keadilan organisasi dan komitmen organisasi dengan TKO. Implikasi dapatan dibincangkan. Kajian ini dirumuskan dengan mengekstrapolasi dapatan 'dengan nilai normatif Islam termaktub dalam Kod Etika Perkhidmatan A warn Malaysia. |
Pages: | 330 |
Call Number: | HF5548.8.A236 2012 tesisi |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114502+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 37.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.