Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497685
Title: Birokrasi dan parti politik di Indonesia: anjakan dari zaman orde baru ke orde reformasi
Authors: Hamka Hendra Noer (P26872)
Supervisor: Mohammad Agus Yusoff, Prof. Madya Dr.
Keywords: Political parties -- Indonesia
Political science -- Indonesia
Indonesia -- Politics and government
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Aug-2012
Description: Tesis ini mengkaji hubungan birokrasi dan parti politik di Indonesia dari zaman Orde Baru ke Orde Reformasi. Tujuan kajian ini adalah seperti berikut: mengenal pasti bentuk dan perjalanan birokrasi di Indonesia sebelum Orde Baru, menentukan faktor berlakunya campur tangan politik ke dalam birokrasi, menganalisis pengaruh dan tahap keberkecualian parti politik terhadap birokrasi pada zaman Orde Baru dan Orde Reformasi, dan menilai impak reformasi yang berlaku pada tahun 1998 ke atas profesionalisme birokrasi di Indonesia. Bagi mengkaji hal ini, data primer dikutip melalui kaedah temu bual mendalam dengan informan autoritatif, manakala data sekunder pula diperoleh melalui buku, jurnal, akhbar dan hasil kajian lepas. Bagi memandu tesis ini, kerangka konsepsual keberkecualian birokrasi dari politik digunakan. Hasil kajian mendapati tiga penemuan penting. Pertama, bentuk dan perjalanan birokrasi dan parti politik di Indonesia zaman Orde Baru adalah sangat tertutup (autokratik) dan tidak berkecuali dari campur tangan politik. Ini kerana mutlaknya kekuasaan Soeharto sehingga mencetuskan campur tangan politik yang keterlaluan dalam birokrasi kerajaan. Kedua, kekuasaan mutlak Soeharto telah menyebabkan mengakarnya masalah korupsi, kolusi, dan nepotisme (KKN) dalam birokrasi pemerintahan. KKN bukan hanya menguntungkan Golkar dan tentera sebagai institusi tajaan pemerintah, tetapi juga individu-individu yang rapat dengan Soeharto. Ketiga, bentuk dan perjalanan birokrasi dan parti politik di Indonesia pada zaman Orde Reformasi menunjukkan keadaan yang berbeza, iaitu sangat terbuka (demokratik). Ini kerana adanya keterbukaan politik, kebebasan media dan bersuara, pengenalan sistem multiparti, pilihan raya yang bebas dan adil, pemerintahan yang telus, dan pemberian autonomi luas kepada daerah serta adanya pemilihan kepala daerah langsung. Namun, dari segi keberkecualian birokrasi tidak banyak berubah berbanding dengan zaman Orde Baru kerana munculnya banyak parti-parti politik yang bersaing untuk menguasai birokrasi bagi menjaga kepentingan kekuasaan ekonomi dan pembangunan parti politik masing-masing.,Tesis ini tidak ada ‘Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah’,Ph.D.
Pages: 318
Call Number: JQ779.A45N656 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114499+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
35.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.