Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497679
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRashila Ramli, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorDiana Fawzia (P36988)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:37Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:37Z-
dc.date.issued2012-08-28-
dc.identifier.otherukmvital:114477-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497679-
dc.descriptionTesis ini bertujuan untuk mengkaji peranan elit bukan politik dalam pembuatan dasar berperspektif gender. Fokus diberikan kepada peranan elit bukan politik tempatan dengan kes Kabupaten Donggala, Provinsi Sulawesi Tengah dalam penggubalan Peraturan Daerah Kabupaten Donggala No 12 Tahun 2006 tentang Keterwakilan dan Partisipasi Perempuan dalam Pemerintahan Desa, Lembaga Kemasyarakatan Desa, dan Proses Pembangunan Desa. Tesis ini juga bertujuan menganalisis faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi peranan tersebut. Kajian ini adalah berasaskan kerangka analisis berteraskan teori elit, teori gender dan tiga kategori kuasa iaitu power to, power over, dan power with. Selain itu lima konsep penting yang digunapakai ialah pemerkasaan, sumber daya, proses politik, gender dan kebudayaan. Kajian ini juga menggunakan empat indikator iaitu akses, kawalan, penglibatan, dan manfaat bagi mengenal pasti dasar berperspektif gender. Tempoh masa kajian adalah selepas berlakunya perubahan sistem politik yang terpusat kepada sistem politik penyebaran kuasa yang dikenali sebagai autonomi daerah. Autonomi Daerah memberi kuasa kepada pemerintah dan masyarakat daerah untuk menjalankan pentadbiran mereka sendiri antaranya melalui dasar politik iaitu Peraturan Daerah (Perda). Kaedah kualitatif telah digunakan untuk mendapatkan data primer melalui temubual intensif. Data sekunder yang berbentuk kajian perpustakaan telah dikumpulkan secara sistematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa elit bukan politik adalah berperanan dalam mewujudkan dasar berperspektif gender dan peranan tersebut adalah sama penting dengan elit politik. Peranan sama penting ini diperolehi dalam empat tahap strategi dan dilakukan dengan memperkasakan kategori elit lainnya iaitu elit masyarakat, elit politik dan sesama elit bukan politik melalui pendekatan kuasa. Peranan elit bukan politik adalah sebagai penggagas (initiator), penggerak (motivator), perunding (negotiator), penengah (mediator), dan pengambil alih (expropriator). Kajian juga mendapati bahawa kejayaan peranan elit bukan politik dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Kebudayaan dalam sejarah dan tata nilai, autonomi daerah dan keinginan membuat sejarah adalah faktor-faktor dalaman. Peranan elit bukan politik peringkat nasional, polisi antarabangsa dan polisi Kementerian Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak ialah faktor-faktor luaran. Faktor luaran menjadi permulaan proses elit bukan politik memainkan peranan manakala faktor dalaman telah mengukuhkan dan mempercepat tindakan yang diambil oleh elit bukan politik ke arah hasil yang diingini.,Tesis ini tidak ada ‘Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah’,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPolitical leadership -- Indonesia-
dc.subjectElite (Social sciences) -- Indonesia -- Sulawesi-
dc.subjectSex differences-
dc.subjectCommunity policing -- Indonesia -- Sulawesi-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePeranan elit bukan politik dan dasar berperspektif gender: kajian kes di Kabupaten Donggala Sulawesi Tengah Indonesia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages265-
dc.identifier.callnoHM781.D533 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002290(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114477+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
864.78 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.