Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497675
Title: | Simptom trauma, pengluahan dan sokongan sosial mangsa penderaan seksual kanak-kanak |
Authors: | Rosanida Anang (P43270) |
Supervisor: | Fatimah Yusoof, Prof.Madya Dr. |
Keywords: | Children -- Wounds and injuries Child sexual abuse Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Jun-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk memahami faktor-faktor psikologikal yang telah menjejaskan kesihatan mental mangsa penderaan seksual kanak-kanak. Terdapat lima objektif yang dijadikan asas kajian secara dwi-kaedah ini iaitu untuk mengenalpasti corak simptom trauma mangsa jenayah seksual intra-keluarga serta extra-keluarga, perkaitan antara pertalian hubungan mangsa-pendera serta tempoh untuk membuat pengluahan, hubungan antara faktor-faktor demografi dengan simptom-simptom trauma, pengaruh faktor demografi terhadap simptom-simptom trauma serta meneroka perspektif mangsa terhadap isu pengluahan, sokongan sosial serta simptom trauma yang dialami. Seramai 129 orang responden yang berusia 8-16 tahun telah dikenalpasti dari enam buah Rumah Kanak-Kanak dan Hospital Kuala Lumpur. Data diperolehi melalui soal selidik serta soalan semi-struktur. Analisis dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif. Simptom-simptom trauma telah diuji dengan menggunakan alat ujian Trauma Symptom Checklist For Children dan CRIES-13. Analisis korelasi Pearson, Khi kuasa dua dan regresi pelbagai telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan antara 8%-39% responden telah didapati signifikan secara klinikal mengalami pelbagai jenis simptom trauma manakala 55% responden berpotensi mengalami PTSD. Tempoh masa membuat pengluahan didapati signifikan dengan pertalian mangsa-pendera manakala tahap umur semasa membuat pengluahan, reaksi negatif yang diterima mangsa serta tahap umur semasa didera merupakan faktor penyumbang kepada simptom-simptom trauma yang dialami mangsa. Pelbagai faktor didapati menjadi punca kelewatan mangsa membuat pengluahan. Antaranya adalah pertalian mangsa pendera, faktor ugutan, ingin menjaga maruah, menerima informasi yang salah, bimbang risiko yang bakal diterima dan kesukaran memperolehi kepercayaan. Reaksi yang diterima dan sokongan sosial juga antara faktor psikologikal yang mencetuskan pelbagai simptom trauma. Rumusannya, aspek psikologikal merupakan isu yang kompleks dan pentafsirannya perlu dibuat melalui pelbagai faktor yang saling berkait dalam menentukan perkembangan, tingkahlaku serta kesihatan mental seseorang. Dapatan kajian dijangka amat berguna dalam menentukan halatuju serta cabaran yang perlu dilalui oleh profesional kesihatan mental untuk memberikan khidmat terbaik kepada kelompok ini.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 437 |
Call Number: | HV6570.R647 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114447+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 40.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.