Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497674
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rohany Nasir, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Hamidah (P37709) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:07:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:07:29Z | - |
dc.date.issued | 2011-12-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:114368 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497674 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan meneliti kesan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif (KK-CBT), latihan kemahiran sosial (LKS) dan kombinasi kedua-dua teknik tersebut (KK-CBT & LKS) bagi mengurangkan kemurungan, meningkatkan kesejahteraan psikologi dan kemahiran sosial remaja yang mengalami kemurungan. Subjek kajian adalah seramai 80 orang remaja yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, berusia antara 15-18 tahun dan berpendidikan kelas II SMA negeri dan swasta di Surabaya, Indonesia. Subjek dibahagikan kepada tiga kelompok eksperimen yang terdiri daripada kelompok KK-CBT, LKS dan KK-CBT&LKS, dan satu kelompok kawalan. Setiap kelompok diwakili 10 lelaki dan 10 perempuan. Kajian ini menggunakan alat ukuran kemurungan daripada Back Depression Inventory, ukuran kesejahteraan psikologikal Ryff (Ryff Psychological Well - Being) yang telah diubahsuai, dan ukuran kemahiran sosial oleh National School of Psychology for Social Skills Training for Youth. Kajian eksperimen ini turut disokong kajian pelbagai kes bersifat kualitatif yang menggunakan teknik temu bual mendalam dan pemerhatian langsung. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan ANOVA satu hala, manakala data kualitatif dianalisis dengan analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan, rawatan KK-CBT, LKS dan KK-CBT&LKS mampu mengurangkan kemurungan, meningkatkan kemahiran sosial dan kesejahteraan psikologi subjek. Namun, secara perbandingan, kesan rawatan yang paling signifikan bagi menurunkan kemurungan, meningkatkan kesejahteraan psikologi dan kemahiran sosial subjek adalah melalui rawatan KK-CBT berbanding rawatan LKS dan KK-CBT&LKS. Penemuan ini didapati selari dengan analisis tema yang dilakukan ke atas kajian pelbagai kes yang bersifat kualitatif dengan membuktikan bahawa rawatan KK-CBT mampu membawa perubahan positif pada fikiran, perasan dan tingkah laku subjek. Kajian ini menyarankan tentang keperluan mendapatkan sokongan sosial, emosi, dan maklum balas daripada persekitaran dalam usaha mengurangkan kemurungan, meningkatkan kemahiran sosial dan kesejahteraan psikologi remaja.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Group counseling | |
dc.subject | Counseling | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif (KK-CBT) dan latihan kemahiran sosial (LKS) untuk mengurangkan kemurungan, meningkatkan kesejahteraan psikologi dan kemahiran sosial bagi remaja yang mengalami kemurungan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 299 | |
dc.identifier.callno | BF636.6.H338 2011 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002261 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114368+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 26.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.