Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497673
Title: | Evolusi corak pluralisasi proses dasar Laut China Selatan negara China: analisis neoclassical realism |
Authors: | Nur Shahadah Jamil (P59299) |
Supervisor: | Kuik Cheng-Chwee, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Laut China Selatan Pluralisasi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Jul-2018 |
Description: | Aspek paling menarik dalam dasar Laut China Selatan (SCS) China adalah hakikat di mana elemen "pluralisasi" dapat diperhatikan dalam proses dasar tersebut walaupun China mengamalkan sebuah sistem politik yang berpusat dan elitis. Ini bermaksud, tingkahlaku China dalam pertikaian tersebut dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah diwarnai dengan peningkatan penglibatan aktor-aktor sub-sentral dalam pelbagai peringkat dan domain dasar. Aktor-aktor ini termasuk pihak berkuasa tempatan, agensi penguatkuasaan undang-undang maritim, state-own enterprises (SOEs), militia maritim, nelayan, media, dan pengguna internet. Setiap daripada mereka memainkan peranan yang berbeza dalam aspek-aspek tertentu dalam peringkat formulasi, koordinasi dan pelaksanaan dasar, yang juga merentasi domain-domain dasar yang berlainan seperti perikanan, tenaga, pentadbiran, penguatkuasaan dan strategi. Maka, apakah yang dapat menjelaskan persoalan yang membinggungkan tetapi menarik ini? Kajian ini bertujuan untuk memberi jawapan kepada persoalan ini dengan mendalami asal-usul dan menjelaskan evolusi corak pluralisasi proses dasar SCS China dengan memfokuskan kepada era pentadbiran Xi Jinping. Kajian ini telah membangunkan sebuah parameter untuk mengukur tahap-tahap pluralisasi berdasarkan sebuah spektrum berpusat dan fragmentasi, dengan desentralisasi terpimpin, desentralisasi instrumental dan fragmentasi terhad di antara dua hujung paksi berkenaan. Dari segi teorinya, kajian ini dibangunkan berdasarkan kerangka Neoclassical Realism (NCR) dengan hipotesis bahawa perubahan corak pluralisasi proses dasar ini adalah hasil daripada fungsi yang dimainkan oleh kedua persekitaran struktural dan penentu domestik. Dari segi metodologinya, kajian ini mengambil pendekatan kualitatif yang menggunakan prosedur process-tracing dalam menganalisa data-data yang dikumpul daripada kerja lapangan, temubual dan kajian perpustakaan dengan penekanan ke atas sumber-sumber rujukan Cina. Dapatan kajian ini adalah bahawa perubahan corak pluralisasi proses dasar SCS China adalah hasil daripada interaksi kompleks di antara faktor-faktor struktural iaitu: tekanan daripada dinamik geopolitik serantau, seiring dengan peningkatan kuasa relatif China vis-à-vis Amerika Syarikat, serta keutamaan politik domestik Parti Komunis China (CCP) berhubung legitimasi rejim terbabit yang boleh diperincikan kepada legitimasi prestasi, legitimasi nasionalis dan legitimasi karisma. Dasar SCS China di bawah Xi telah dilabelkan sebagai sebuah proses desentralisasi terpimpin kerana walaupun peningkatan penglibatan aktor-aktor sub-sentral dapat diperhatikan dalam peringkat formulasi dan pelaksanaan dasar merentasi beberapa domain, namun penglibatan mereka adalah dipimpin oleh imperatif top-down dalam konsolidasi autoriti elit yang berpusat kepada keutamaan Xi dalam mencapai keseimbangan di antara ketiga-tiga sumber legitimasi CCP.,Ph.D. |
Pages: | 362 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.