Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497671
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Yusof Abdullah, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Arina Anis Azlan (P62501) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:07:27Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:07:27Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:112708 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497671 | - |
dc.description | Teori Situasi dalam Penyelesaian Masalah (STOPS) mengandaikan bahawa terdapat tiga faktor pengenalpastian situasi, satu faktor motivasi dan satu faktor kognitif yang mempengaruhi tingkah laku komunikasi dalam penyelesaian masalah. Kajian STOPS terkini menimbulkan persoalan tentang faktor-faktor situasi lain yang boleh mempengaruhi tingkah laku komunikasi. Kajian ini bertujuan untuk menguji peranan dua konstruk kontekstual iaitu kerumitan situasi dan konstrual-kendiri sosial terhadap tingkah laku komunikasi dalam isu perpaduan antara etnik di Malaysia. Merungkai peranan faktor kontekstual adalah penting bagi memahami kompleksiti peramal tingkah laku komunikasi dalam penyelesaian masalah. STOPS digunakan sebagai asas pembentukan kerangka konseptual untuk mencapai objektif kajian. Instrumen kajian diadaptasi daripada STOPS bagi konstruk pengenalpastian situasi dan tingkah laku komunikasi (CAPS), dan Skala Konstrual-kendiri bagi konstruk konstrual-kendiri sosial. Item bagi kerumitan situasi pula dibentuk oleh penyelidik daripada sintesis tinjauan literatur. Soal selidik telah diedarkan kepada 575 pelajar empat buah institusi pengajian tinggi di Lembah Klang yang dipilih dengan persampelan kluster pelbagai peringkat. Analisis varians, analisis varians multivariat dan regresi berganda dijalankan bagi menguji hipotesis kajian berkaitan perbezaan antara kumpulan etnik dalam pengenalpastian situasi, kerumitan situasi, konstrual-kendiri sosial, dan CAPS; dan faktor peramal bagi CAPS dalam isu perpaduan antara etnik di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tiga kumpulan etnik utama dalam kriteria rujukan, pencarian maklumat, penyebaran maklumat dan perkongsian maklumat. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pemboleh ubah kerumitan situasi dan konstrual-kendiri sosial menjadi faktor penyumbang utama kepada CAPS bagi isu perpaduan antara etnik di Malaysia berbanding pemboleh ubah pengenalpastian situasi. Dengan lebih terperinci, ketidakbergantungan sosial meramal tiga daripada enam tingkah laku komunikasi dan kriteria rujukan menjadi peramal utama bagi tiga tingkah laku komunikasi yang selebihnya. Dapatan kajian ini merumuskan bahawa faktor kontekstual merupakan peramal yang berkesan kepada tingkah laku komunikasi dalam isu perpaduan antara etnik justeru menjadi faktor yang harus dipertimbangkan dalam meramal CAPS bagi situasi permasalahan yang lain.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Communication -- Social aspects -- Malaysia | |
dc.subject | Context effects (Psychology) -- Malaysia | |
dc.subject | Ethnic relations | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Peramal kontekstual tingkah laku komunikasi isu perpaduan antara etnik dalam kalangan pelajar universiti di Lembah Klang | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 313 | |
dc.identifier.callno | HM1211.A735 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004281(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112708+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.