Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497668
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Amizah Wan Mahmud, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorHazlin Falina Rosli (P64130)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:23Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:23Z-
dc.date.issued2018-04-30-
dc.identifier.otherukmvital:112683-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497668-
dc.descriptionOrang Kurang Upaya (OKU) mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti masyarakat lain. Namun begitu, tidak banyak maklumat yang dipaparkan di media mengenai hak golongan ini. Begitu juga kesedaran masyarakat dilihat masih berada pada tahap yang rendah. Justeru, objektif kajian ini ialah menilai peranan media sebagai alat kesedaran sosial dalam kalangan OKU di Malaysia, menilai tahap kesedaran masyarakat mengenai isu kesamarataan hak OKU, menganalisis sikap penerimaan masyarakat terhadap OKU, menganalisis sejauh mana kesedaran sosial mempengaruhi perubahan sikap iaitu sama ada kekal atau sementara dan menganalisis pengaruh peranan media terhadap kesedaran masyarakat mengenai isu kesamarataan hak OKU. Model Kebarangkalian Penjelasan digunakan di dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan kaedah penyelidikan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Data kajian dikumpul melalui soal selidik ke atas 500 orang responden di sekitar Putrajaya, Selayang, Kajang, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Manakala seramai lima orang responden telah dipilih daripada pelbagai latar belakang untuk memperoleh data tambahan daripada temu bual mendalam yang dijalankan. Dalam konteks kesedaran masyarakat, kajian ini mengaitkannya dengan tiga elemen iaitu kesedaran melalui pembacaan, peranan NGO, dan individu persekitaran. Hasil kajian mendapati, masing-masing purata min bagi ketiga-tiga elemen tersebut ialah 4.23, 4.65 dan 5.14 iaitu kesedaran pada tahap sederhana tinggi. Sikap penerimaan masyarakat terhadap OKU pula, dikategorikan kepada empat elemen iaitu stereotaip, prejudis, penghormatan kendiri, dan diskriminasi. Sikap penerimaan masyarakat dalam konteks penghormatan kendiri menunjukkan tahap sederhana manakala penerimaan dalam konteks stereotaip, prejudis dan diskriminasi menunjukkan tahap yang rendah. Berdasarkan analisis regresi berganda, media sebagai penyampai maklumat dan mendidik menerangkan secara signifikan sebanyak 41.4 peratus varians ke atas kesedaran sosial [F (2, 493) = 174.078, k < .05)]. Seterusnya, pengaruh kesedaran sosial melalui peranan NGO ke atas perubahan sikap secara kekal mendapati bahawa peranan NGO boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 10.8 peratus varians ke atas perubahan sikap kekal [F (1, 494, k < .05)].Manakala pengaruh kesedaran sosial melalui peranan media ke atas perubahan sikap secara sementara adalah tidak signifikan. Kesimpulannya, media kurang memainkan peranan dalam menyiarkan maklumat kesedaran mengenai OKU kepada masyarakat. Dapatan ini juga turut menyumbang ke arah penambahbaikan Model Kebarangkalian Penjelasan bagi melihat peranan media sebagai alat kesedaran sosial.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectOKU-
dc.subjectKesamarataan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePeranan media dalam mewujudkan kesedaran sosial masyarakat terhadap isu kesamarataan hak OKU-
dc.typeTheses-
dc.format.pages260-
dc.identifier.barcode004277(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112683+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.