Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497666
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSuriati Zakaria (P54754)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:21Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:21Z-
dc.date.issued2017-06-12-
dc.identifier.otherukmvital:108165-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497666-
dc.descriptionKehidupan masyarakat Melayu amat berkait rapat dengan ruang. Secara spesifiknya, konsep ruang merangkumi ruang fizikal dan ruang masa. Ruang fizikal memanifestasikan ruang yang berbentuk konkrit, boleh dizahirkan dan dapat dilihat dengan mata kasar. Sementara ruang masa pula merujuk kepada jarak antara satu titik waktu dan titik waktu yang lain. Secara jelasnya, kajian yang akan dilakukan merangkumi konsep ruang, iaitu ruang fizikal, ruang masa dan ruang sosiobudaya. Kajian ini bertujuan memperlihatkan fungsi ruang serta kaitannya dengan falsafah serta pemikiran masyarakat Melayu. Sehubungan itu juga, kajian ini mengenal pasti konsep ruang melalui leksikal flora dan fauna yang terdapat dalam cerita lipur lara, iaitu Cerita Anggun Cik Tunggal. Sebanyak 67 data ungkapan telah dikutip yang kemudiannya dikelompokkan kepada tiga bahagian, iaitu ruang fizikal, ruang masa dan ruang sosiobudaya. Setiap satu ruang itu pula diperincikan kepada beberapa kategori makna yang sesuai dan dianalisis menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Pendekatan semantik inkuisitif ini menggabungkan data, teori, kognitif dan budaya bagi menyerlahkan falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu. Teori yang diaplikasikan ialah teori Relevans melalui rangka rujuk silang. Analisis mendapati pemilihan penggunaan leksikal flora dan fauna mengandungi makna tersirat tentang konsep ruang. Dalam masyarakat Melayu, adakalanya sesuatu ruang boleh berdiri dengan sendiri seperti konsep ruang fizikal yang tidak berkait dengan ruang sosiobudaya atau ruang masa. Namun, adakalanya sesuatu ruang bertindan dengan ruang yang lain dan bersifat saling melengkapi. Hal ini dapat dikesan apabila penggunaan leksikal flora atau fauna digunakan secara serentak dalam menggambarkan ruang fizikal dan ruang masa. Kesimpulannya, tradisi lisan tidak terhenti hanya setakat hiburan semata-mata tetapi sarat dengan konsep ruang yang melingkungi kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ternyata pendekatan semantik inkuisitif yang bersifat meneroka berjaya mencungkil makna tersirat mengenai ruang dalam teks ini dengan berpada.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMalays (Asian people) -- Folklore-
dc.subjectLegends -- Asia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKonsep ruang melalui flora dan fauna dalam cerita lipur lara Melayu: analisis semantik inkuisitif-
dc.typeTheses-
dc.format.pages256-
dc.identifier.callnoGR308.5.M34S847 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003869(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108165+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.