Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497665
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuhana Saad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAndi Nurfitri (P71779)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:20Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:20Z-
dc.date.issued2018-08-08-
dc.identifier.otherukmvital:106620-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497665-
dc.descriptionPencapaian kejayaan dalam sesebuah kepimpinan disokong oleh beberapa faktor antaranya watak keperibadian, kemahiran, persekitaran dalam organisasi, dan nilai-nilai budaya tempatan. Antara salah satu budaya tempatan dalam masyarakat di Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia yang dianggap mengandungi nilai-nilai positif ialah budaya siri' Bugis-Makassar. Siri' mengandungi lapan elemen nilai antaranya kejujuran, amanah, keadilan, kecendekiaan, berbuat sepatutnya, keteguhan adat, kerajinan, dan keberanian. Nilai-nilai tersebut diterapkan dalam sebahagian besar kehidupan masyarakat Bugis-Makassar. Dalam aspek kepimpinan organisasi, pemerintah Provinsi Sulawesi Selatan mengalu-alukan siri' diterapkan dalam kepimpinan dan tadbir urus. Walau bagaimanapun, hubungan kejayaan kepimpinan sesebuah organisasi dengan amalan nilai-nilai kebudayaan masyarakat setempat masih lagi belum dikenalpasti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi ke atas implementasi, hubungan dan pengaruh nilai-nilai budaya siri' terhadap pencapaian kejayaan dalam kepimpinan di Badan Pendidikan dan Pelatihan Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia serta mencadangkan konsep model kepimpinan yang berjaya berlandaskan nilai-nilai budaya siri' tersebut. Kesemua nilai dalam siri' adalah selari dengan elemen nilai-nilai dalam teori kepimpinan beretika. Bahkan amalan teori tersebut adalah terbaik bagi mencapai kejayaan kepimpinan dalam organisasi pemerintahan. Oleh itu, landasan teori kajian ini adalah teori kepimpinan beretika. Pendekatan kuantitatif telah dipilih dalam kajian ini. Sejumlah 77 orang responden telah dipilih untuk dikaji selidik melalui soal selidik. Di samping itu, enam orang informan daripada Kepala Bidang telah ditemu bual secara mendalam. Teknik analisis yang digunapakai ialah analisis deskriptif dan analisis statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa keseluruhan pemimpin mengamalkan nilai-nilai budaya siri' dalam kepimpinan mereka. Wujudnya hubungan dan pengaruh tahap implementasi nilai-nilai budaya siri' terhadap tahap kejayaan kepimpinan. Didapati juga bahawa faktor kejayaan kepimpinan bukan sahaja pengimplementasian nilai-nilai budaya siri' tetapi juga diperkuatkan lagi dengan adanya hubungan emosional dalam organisasi. Oleh itu, faktor atau elemen penentu dalam pencapaian kejayaan kepimpinan di Badan Diklat ini adalah pengimplementasian nilai-nilai budaya siri' yang disokong dengan pembangunan hubungan emosional yang kuat. Dengan demikian, sumbangan utama kajian ini adalah sebuah cadangan model kepimpinan dengan berlandaskan nilai-nilai budaya siri' yang bersesuaian untuk diimplementasikan dalam kepimpinan organisasi pemerintahan khususnya di Sulawesi Selatan.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectLeadership -- Indonesia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePersepsi terhadap pengimplementasian nilai-nilai budaya siri' Bugis-Makassar dalam konteks kepimpinan di Badan Pendidikan dan Pelatihan Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages273-
dc.identifier.callnoHD57.7.A539 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003782(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106620+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.