Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497661
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzahan Awang, Dr.
dc.contributor.authorWan Maznah Wan Harun (P64106)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:16Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:16Z-
dc.date.issued2018-01-06
dc.identifier.otherukmvital:106616
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497661-
dc.descriptionPembandaran melibatkan proses perubahan dalam aspek persekitaran fizikal, aktiviti ekonomi dan kependudukan. Pergerakan aktiviti pembandaran ke kawasan pinggiran menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah penduduk, peralihan aktiviti ekonomi dari corak tradisional kepada moden, perubahan guna tanah, pertambahan kemudahan awam dan peningkatan darjah ketersampaian di kawasan pinggir bandar. Selain dari kesan positif, limpahan pembandaran ini turut membawa kesan negatif yang mewujudkan kemudahterancaman khasnya kemudahterancaman ekonomi. Isi rumah pinggir bandar berasa tergugat, terancam, terhimpit dan tidak selesa apabila berlakunya peningkatan harga tanah, harga rumah dan kenaikan sewa rumah. Ancaman ekonomi ini memerlukan isi rumah melakukan pelbagai strategi adaptasi ekonomi seperti menambah pendapatan dan penjimatan bagi menyesuiakan diri dengan perubahan yang berlaku. Kajian ini bertujuan mengkaji pembandaran dan kemudahterancaman di kawasan pinggir bandar; menganalisis strategi adaptasi isi rumah dan saling hubungan antara pembandaran, kemudahterancaman dan strategi adaptasi. Bilangan saiz sampel yang digunakan ialah seramai 100 orang ketua isi rumah (KIR). Persampelan yang dijalankan ialah persampelan bertujuan dengan mengambil 10 orang KIR dari setiap kampung. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian Winsteps Versi 3.72.3 dan Statistical Package for Science Social (SPSS) Versi 21. Nilai kebolehpercayaan item yang diperoleh bagi konstruk pembandaran, kemudahterancaman strategi adaptasi adalah 0.95, 0.95 dan 0.96. Semua nilai kebolehpercayaan melepasi nilai minimum yang diperlukan oleh Rasch untuk membuktikan kecukupan item bagi tujuan pengukuran. Hasil kajian ini menunjukkan Mukim Rawang II, Selangor telah mengalami pembandaran yang pesat (MNSQ = 0.97 [SE = .17]). Pembandaran turut mewujudkan kemudahterancaman yang sangat dirasai oleh isi rumah pinggir bandar (MNSQ = 1.09 [SE = .18]). Dapatan juga menunjukkan majoriti isi rumah melakukan strategi adaptasi (MNSQ = 0.99 [SE = .28]). Nilai ukuran purata item konstruk pembandaran, kemudahterancaman dan strategi adaptasi ialah -0.07 logit, -.82 logit dan 0.65 logit. Nilai purata ini menunjukkan terdapat ketidakselarian tahap antara ketiga-tiga konstruk utama tersebut. Ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara pembandaran (M = 0.66, SD = 0.18) dengan kemudahterancaman (M = 0.72, SD = 0.18) di mana nilai r = .24 dan p = .028. Ujian yang sama menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara srrategi adaptasi (M = 0.41, SD = 0.19) dengan kemudahterancaman ekonomi (M = 0.72, SD = 0.18), di mana r = .09 dan p = 0.39. Dapatan turut menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi adaptasi (M = 0.41, SD = 0.19) dengan kualiti hidup isi rumah pinggir bandar (M = 0.56, SD = 0.24) di mana r = .11 dan p = .28. Sebagai kesimpulan, Mukim Rawang II sedang mengalami kepesatan pembandaran yang mewujudkan kemudahterancaman. Namun, tahap adaptasi yang dilakukan oleh isi rumah adalah lebih rendah berbanding dengan tahap kewujudan kemudahterancaman. Keadaan ini memberi isyarat awal tentang bahaya ancaman pembandaran yang boleh menjejaskan kualiti hidup jika tidak ditangani oleh isi rumah sebaik mungkin.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectUrbanization -- Malaysia
dc.subjectHouseholds -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePerbandaran dan adaptasi isi rumah pinggir bandar raya Kuala Lumpur
dc.typeTheses
dc.format.pages268
dc.identifier.callnoHT384.M4W336 2018 tesis
dc.identifier.barcode003778(2019)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106616+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.