Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497660
Title: Pembentukan model peramal tingkah laku kewargaan organisasi dalam kalangan anggota PDRM di Selangor
Authors: Muhamad Ariff Ibrahim (P71903)
Supervisor: Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Organizational behavior -- Malaysia
Corporate culture -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-May-2018
Description: Faktor organisasi dan individu merupakan penyumbang utama terhadap pengamalan tingkah laku kewargaan organisasi dalam kalangan pekerja. Kajian terdahulu menunjukkan tingkah laku kewargaan organisasi (TKO) mempunyai hubungan yang signifikan dengan budaya organisasi, iklim organisasi dan integriti.Walau bagaimanapun, hanya sedikit kajian yang meneliti mekanisme pengantara hubungan antara faktor budaya organisasi, iklim organisasi dan integriti dengan TKO. Kajian ini meneroka pengaruh langsung dan tidak langsung faktor budaya organisasi, iklim organisasi dan integriti dengan TKO dalam memahami hubungan yang menyumbang kepada keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan untuk menguji peranan secara langsung faktor budaya organisasi, iklim organisasi dan integriti sebagai peramal kepada TKO dan pengaruh tidak langsung kepuasan kerja sebagai pengantaranya. Instrumen yang digunakan adalah Organizational Culture Questionnaire, Organizational Climate Measure, Integrity Scale, Minnesota Satisfaction Questionnaire dan Organizational Citizenship Behavior Scale. Kaedah kuantitatif dan persampelan rawak berstrata digunakan dalam pengumpulan data yang terdiri daripada 282 pegawai rendah polis berpangkat Konstabel sehingga Sub Inspektor di Selangor. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan analisis pengesahan faktor (CFA-Confirmatory Factor Analysis) dan model persamaan struktural (SEM-Structural Equation Modelling) dengan program SPSS 21 dan AMOS 22. Model pengukuran lima instrumen kajian diuji dengan menggunakan analisis CFA. Kesepadanan model hipotesis peramal TKO dengan data kajian diuji menggunakan analisis SEM. Keputusan menunjukkan model hipotesis TKO mempunyai indeks padanan yang baik serta dapat menerangkan model peramal TKO dengan baik iaitu mempunyai pengaruh langsung ke atas TKO. Faktor budaya organisasi dan integriti juga mempunyai pengaruh tidak langsung ke atas TKO. Sementara itu, kepuasan kerja menjadi pemboleh ubah pengantara yang penting di antara pengaruh budaya organisasi dan integriti terhadap TKO. Kesemua peramal menyumbang sebanyak 80% varians ke atas TKO. Hasil kajian ini menunjukkan model peramal TKO adalah sesuai untuk diaplikasikan bagi konteks kepuasan kerja dalam agensi penguatkuasaan tempatan bersandarkan kepada faktor budaya organisasi serta integriti sebagai peramal terhadap sikap interaksi antara pekerja dan organisasi.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 362
Call Number: HD58.7.M836 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106315+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.