Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497654
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKuik Cheng Chwee, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRuhanie Ahmad (P64740)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:09Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:09Z-
dc.date.issued2018-10-28-
dc.identifier.otherukmvital:104327-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497654-
dc.descriptionKajian ini merungkai kemusykilan bagaimana dan kenapakah Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) mengatasi ancaman dan keterdedahan yang menjejaskan sektor keselamatan ketenteraan, politik, ekonomi, identiti dan alam sekitar Malaysia, mengikut keutamaan isu dan berasaskan penekanan pendekatannya yang tersendiri. Lebih khusus lagi, ia mengenalpasti kenapa sesetengah isu politik, keagamaan dan ekonomi disekuritisasikan sebagai ancaman keselamatan nasional; dan kenapa pendekatan tanpa kekerasan dititikberatkan, berbanding pendekatan sebaliknya. Dengan menggunakan ciri-ciri analitikal Realisme Neoklasikal dan sekuritisasi Aliran Pemikiran Copenhagen, kajian ini memperincikan faktor yang mencorakkan pola dan pendekatan sekuritisasi tersebut; serta merungkai elemen kuasa dan politik yang melandasi prosesnya. Dari segi metodologi, kajian ini mengaplikasikan kaedah pengesanan proses untuk menganalisis data daripada artikel akademik, buku, dokumen, bahan arkib, laporan berita, serta hasil wawancara dengan elit politik dan elit dasar Malaysia, termasuk Tun Dr Mahathir yang mulai 10 Mei 2018, kembali menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri ketujuh. Pengesanan ini adalah berasaskan hujah utama, bahawa sementara faktor struktural mencorakkan lanskap luaran keselamatan Malaysia, kesannya adalah disaring oleh keperluan politik elit pentadbirannya berpaksikan falsafah keselamatan kepimpinan tertingginya. Hakikat ini mendorong Pentadbiran Mahathir 1.0 mensekuritisasikan cabaran yang dihadapinya dan menstrategikan pendekatan mengatasinya. Tetapi, walaupun kajian ini menghasilkan pelbagai penemuan, yang utama adalah seperti berikut. Pertama, elemen politik dalam Realisme Neoklasikal dan sekuritisasi Aliran Pemikiran Copenhagen, boleh mendorong aktor negara menyelewengkan kuasanya untuk memelihara keselamatan rejim dan kepentingan peribadi, sebagai objek rujukan sekuritisasinya. Kedua, falsafah dan matriks keselamatan boleh mencegah penyelewengan ini. Ketiga, peranan aktor bukan negara dalam sekuritisasi, terhad kepada pengisytiharan sesuatu isu sebagai ancaman dan memperakukan pendekatannya. Keempat, hanya aktor negara berautoriti memuktamd dan melaksanakan pendekatan sekuritisasi. Kelima, pensekuritisasian isu akidah Islam tidak memerlukan audien kerana ia ditangani menerusi fatwa berasaskan Quran dan Hadis. Demikian antara sumbangan tesis ini kepada kajian Hubungan Antarabngsa. Para pengkaji di hari muka boleh mempastikan keabsahannya menerusi pensekuritisasian kes yang serupa.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMalaysia -- Politics and government-
dc.titleSekuritisasi dan pengurusan keselamatan Malaysia era Mahathir (1981-2003)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages262-
dc.identifier.callnoDS597.2.R849 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003650(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104327+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.