Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497653
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaini Sakawi, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Abdul Rahman Mahmud (P72531) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:07:08Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:07:08Z | - |
dc.date.issued | 2018-07-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:104326 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497653 | - |
dc.description | Penambahbaikan laporan EIA dalam aspek kajian hakisan tanah dan sedimentasi telah dilaksanakan bermula pada tahun 2011. Setelah pelaksanaannya, terdapat peningkatan laporan yang tidak diluluskan kerana gagal mengemukakan maklumat yang mencukupi. Sumber utama yang diperlukan dan tahap kecukupan bagi melaksanakan penambahbaikan masih tidak dikenal pasti dan tidak ada prosedur pengulasan sistematik bagi menilai pematuhan garis panduan dan kualiti dalam prosedur EIA. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sumber yang diperlukan dan tahap kecukupan sumber dalam pelaksanaan penambahbaikan laporan EIA, untuk membangunkan pakej pengulasan EIA dalam aspek hakisan tanah dan sedimentasi dan untuk menilai pematuhan garis panduan dan kualiti laporan. Dua instrumen soal selidik telah dihasilkan dan digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik pertama khusus kepada responden dalam kalangan pegawai Jabatan Alam Sekitar dan soal selidik kedua khusus kepada perunding EIA. Analisa kandungan laporan EIA meliputi 7 bidang ulasan utama dalam aspek kajian hakisan tanah dan sedimentasi telah dijalankan terhadap 100 buah laporan EIA. Kajian ini mendapati terdapat lapan sumber penting diperlukan dalam melaksanakan penambahbaikan laporan EIA. Lima sumber dikenal pasti berada pada tahap yang tidak memuaskan. Iaitu kekurangan dalam aspek, sumber tenaga berkemahiran, kos, masa dan data kajian. Dari aspek kandungan laporan EIA, sebanyak 55 peratus laporan mencapai pematuhan melebihi 50 peratus item garis panduan. Manakala aspek kualiti mempunyai kelemahan ketara, sebanyak 80 peratus laporan gagal mencapai tahap memuaskan. Kualiti yang tidak memuaskan dikenal pasti di dalam bidang ulasan penerangan projek, pilihan projek, penilaian impak, pelan konseptual ESCP/LDP2M2 dan pengawasan. Perunding yang mempunyai kemahiran dalam bidang hakisan tanah dan sedimentasi mampu menghasilkan laporan yang mencapai tahap pematuhan garis panduan dan kualiti laporan yang lebih baik. Dapatan kajian ini menunjukkan pertama, tahap kecukupan sumber yang rendah telah memberi kesan kepada pelaksanaan EIA khususnya pematuhan garis panduan dan kualiti laporan. Kedua, penambahbaikan laporan EIA khususnya dalam aspek kualiti laporan EIA boleh dijayakan dengan strategi yang terancang dan mekanisme pemantauan berterusan. Ketiga, prosedur pengulasan boleh dipertingkatkan dengan penggunaan pakej ulasan EIA yang sistematik. Ini dapat membantu meningkatkan kualiti pembuatan keputusan selaras dengan agenda mengurangkan risiko alam sekitar di dalam pembangunan.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Environmental impact analysis -- Malaysia | - |
dc.title | Penilaian terhadap pelaksanaan penambahbaikan laporan EIA di Malaysia dalam aspek kajian hakisan tanah dan sedimentasi | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 448 | - |
dc.identifier.callno | TD194.68.M35A236 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003649(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_104326+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.