Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497652
Title: Pengaruh kefungsian keluarga, konsep kendiri, penghargaan kendiri, pengherotan kognitif ke atas kemurungan dalam kalangan remaja delinkuen
Authors: Zainah Ahmad Zamani (P46903)
Supervisor: Rohany Nasir, Prof. Dr.
Keywords: Juvenile delinquents
Issue Date: 8-Oct-2018
Description: Penglibatan remaja dalam tingkah laku delinkuen boleh menjejaskan usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan yang produktif dan berkesan. Banyak kajian lepas mengenalpasti pelbagai faktor individu, keluarga, sekolah dan komuniti yang berpotensi menyumbang kepada penglibatan remaja dalam tingkah laku delinkuen. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kefungsian keluarga, konsep kendiri, penghargaan kendiri, pengherotan kognitif ke atas kemurungan. Dalam kajian ini konsep kendiri, penghargaan kendiri dan pengherotan kognitif juga berperanan sebagai pengantara antara kefungsian keluarga dan kemurungan. Responden kajian adalah 424 orang penghuni institusi pemulihan akhlak di lapan buah institusi di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia yang dipilih secara persampelan bertujuan. Soal selidik yang digunakan ialah Family Adaptability and Cohesion Scale (FACES III), Rosenberg Self-Esteem Scale, Tennessee Self-Concept Scale, Cognitive Distorton Scale dan Reynolds Adolescent Depression Scale. Data dianalisis menggunakan ujian t, korelasi Pearson, regresi mudah dan pelbagai. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan kefungsian keluarga mengikut jantina. Subskala kohesi dalam kefungsian keluarga juga menunjukkan perbezaan mengikut jantina. Bagi dimensi pengherotan kognitif, hanya tiada harapan menunjukkan perbezaan dari segi jantina. Terdapat hubungan di antara kefungsian keluarga, konsep kendiri, penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dengan kemurungan. Kefungsian keluarga (kohesi), konsep kendiri dan pengherotan kognitif (kritik diri) menjadi peramal kepada kemurungan. Subskala kritik diri dalam pemboleh ubah pengherotan kognitif merupakan peramal terbaik kepada kemurungan, diikuti tiada harapan dan memikirkan sesuatu yang berbahaya dan kohesi. Pengherotan kognitif merupakan pengantara separa terhadap hubungan di antara kohesi dan penyesuaian dengan kemurungan. Implikasi terhadap intervensi kaunseling khususnya kaunseling keluarga dalam merawat dan mencegah delinkuensi remaja perlu diberi perhatian.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 252
Call Number: HV9104.Z335 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104325+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.