Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497651
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKadaruddin Aiyub, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorDona Raihana Don Ramli (P73001)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:07Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:07Z-
dc.date.issued2018-02-05-
dc.identifier.otherukmvital:104324-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497651-
dc.descriptionPulangan sesuatu pelaburan projek pembangunan sering dinilai menerusi nilai ekonomi manakala impak sosial yang wujud tidak dapat dikuantifikasi. Inisiatif dalam mengetengahkan kepentingan nilai pulangan sosial sebagai aspek penting di dalam setiap pelaburan kini semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di peringkat global bagi mengekalkan kelestarian pelaburan dan pembangunan pada masa hadapan. Kajian ini merungkai penghasilan nilai pulangan sosial yang diperolehi daripada pelaburan pembangunan dengan menggunakan proksi kewangan. Objektif pertama dalam kajian ini menumpukan pengenalpastian elemen nilai pulangan sosial yang diperolehi daripada pelaburan projek pembangunan. Objektif kedua ialah mengukur pulangan pelaburan projek pembangunan terhadap aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Objektif ketiga ialah membina satu kerangka penilaian nilai pulangan sosial terhadap pelaburan (SROI) yang dilakukan bagi sesuatu projek pembangunan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah survei yang melibatkan seramai 380 ketua isi rumah dengan menumpukan terhadap para petani yang tinggal di sepanjang kawasan dataran banjir Sungai Muda sebagai responden. Data survei dijadikan asas kepada pembentukan nilai sosial melalui proksi kewangan. Hasil kajian mendapati bahawa daripada 19 indikator yang terdiri daripada elemen sosial, ekonomi dan alam sekitar, hanya tujuh indikator yang sesuai bagi projek pembangunan tebatan banjir. Hasil analisis mendapati pelaburan pembangunan di dalam Projek Tebatan Banjir (PTB) Sungai Muda yang bernilai RM 1,001,760,000.00 berupaya menjana nilai pulangan sosial sebanyak RM 4,892,641,540.00 yang diwakili oleh elemen sosial, ekonomi dan alam sekitar. Daripada kajian ini, nilai elemen sosial mencatatkan jumlah sebanyak RM 881,123,940.00 yang merangkumi indikator kesihatan, perumahan dan keselamatan awam. Nilai elemen alam sekitar yang diwakili oleh indikator kualiti air mencatatkan nilai sebanyak RM 1,984,320,000.00. Sementara nilai elemen ekonomi pula adalah sebanyak RM 2,027,197,600.00 yang diwakili oleh indikator pendapatan dan pengagihan, pendidikan dan infrastruktur. PTB Sungai Muda juga telah menghasilkan nilai tambahan sebanyak RM 3,890,881,540.00 melalui pelaburan projek pembangunan yang dilakukan. PTB Sungai Muda ini telah menyumbang terhadap nilai pulangan sosial yang positif dengan nisbah SROI sebanyak 4.88:1. Hal ini menunjukkan bahawa setiap RM 1 yang dilaburkan di dalam PTB Sungai Muda berupaya menjana nilai pulangan sosial sebanyak RM 4.88. Kajian juga menghasilkan satu Kerangka Penilaian SROI yang sesuai dalam konteks pembangunan Malaysia. SROI memainkan peranan penting dalam membantu pihak kerajaan, pengurus, pelabur, peniaga dan korporat bagi meletakkan nilai pulangan sosial dan alam sekitar selari dengan nilai ekonomi.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEconomic development -- Malaysia -- Kedah-
dc.titleNilai pulangan sosial pelaburan projek tebatan banjir Sungai Muda, Kedah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages176-
dc.identifier.callnoHC445.5.Z7D643 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003647(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104324+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.