Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497649
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalina Nen, Dr.-
dc.contributor.authorMohammed Yusof Dawood Gany (P71902 )-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:04Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:04Z-
dc.date.issued2018-03-10-
dc.identifier.otherukmvital:104322-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497649-
dc.descriptionKajian konflik di antara identiti agama dan identiti seksual dalam kalangan lelaki Muslim dengan ketertarikan seksual sesama jantina dalam negara majoriti Muslim boleh dikatakan masih kurang. Menggunakan kaedah persampelan bertujuan, seramai 20 orang lelaki Muslim yang memiliki ketertarikan seksual terhadap sesama jantina ditemu bual. Menggunakan metod Analisis Fenomenolgi Deskriptif, naratif temu bual para responden dianalisis untuk mendapatkan keseragaman psikologi pengalaman konflik identiti yang dialami serta pengalaman pengurusan konflik tersebut. Keseragaman ini seterusnya menentukan struktur psikologi pengalaman konflik di antara identiti agama dan identiti seksual dalam kalangan responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkembangan identiti agama responden dipengaruhi secara dominan oleh keagamaan ibu bapa; ekspresi identiti seksual para responden dipengaruhi oleh nilai-nilai agama, kemasyarakatan, dan peribadi; rata-rata responden menyatakan merasakan pengalaman konflik identiti ketika melakukan perbuatan seksual sesama lelaki di mana responden juga menunjukkan bahawa pengalaman konflik identiti yang mereka alami dipengaruhi oleh pola pemikiran berkutub. Akhirnya responden yang menampilkan gaya pemikiran berkutub di dalam naratif mereka memilih pengurusan konflik yang ekstrim seperti melepaskan identiti Muslim atau menyesuaikan identiti seksual dengan identiti agama. Responden yang menampilkan gaya pemikiran fleksibel lebih memilih pengurusan konflik melalui perlaksanaan ibadat serta kepercayaan kepada konsep agama yang tertentu. Ekspresi identiti seksual serta pengurusan konflik dalam kalangan responden diterangkan oleh tiga bentuk nilai. Naratif para responden menonjolkan penghargaan kepada nilai ketimuran dan kolektif seperti pemeliharaan keharmonian di dalam keluarga dan masyarakat. Majoriti para responden juga menonjolkan penghargaan kepada identiti agama melebihi identiti seksual. Selain daripada itu, para responden juga berpegang kepada nilai-nilai peribadi yang subjektif dalam mengekspresikan identiti seksual mereka. Ketiga-tiga nilai yang menyelia ekspresi identiti seksual serta pengurusan konflik identiti para responden memaparkan naratif yang membiaskan perbezaan terhadap budaya hedonisme. Implikasi dan prospek kajian pada masa hadapan turut dibincangkan. Ahli akademik dan ahli kesihatan mental profesional yang terlibat secara langsung atau tidak dengan golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) bakal mendapat faedah daripada kajian-kajian seperti ini. Kajian ini diharapkan dapat memberi perspektif yang segar kepada masyarakat umum di Malaysia tentang kekompleksan psikologi golongan lelaki Muslim yang tertarik secara seksual terhadap sesama jantina yang selama ini hanya dilihat daripada isu moral dan hukuman agama semata-mata.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGay men -- Religious aspects -- Islam-
dc.subjectIslam -- Southeast Asia-
dc.subjectMuslims -- Southeast Asia-
dc.subjectMalays (Asian people) -- Religion-
dc.subjectSoutheast Asia -- Ethnic relations-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePenerokaan pengalaman dan pengurusan konflik di antara identiti agama dan identiti seksual dalam kalangan lelaki Muslim dengan ketertarikan seksual sesama jantina di Malaysia: perspektif kerangka nilai-
dc.typeTheses-
dc.format.pages391-
dc.identifier.callnoBP188.14.H65 M634 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003645(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104322+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.