Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497646
Title: Impak pembangunan tanah pertanian terhadap hakisan dan muatan sedimen di Lembangan Sungai Belatop Tanah Tinggi Lojing
Authors: Wan Adi Yusoff (P66688)
Supervisor: Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Prof. Dr.
Keywords: Soil erosion -- Malaysia
Issue Date: 15-Jul-2018
Description: Kajian tentang pembangunan tanah pertanian dan perkaitannya dengan hakisan dan muatan sedimen amat penting khususnya dalam aspek kawalan hakisan dan kelodak terutamanya di kawasan pertanian tanah tinggi. Kajian ini bertujuan menganggar penghasilan muatan sedimen tahunan berdasarkan keupayaan sungai, menganalisis faktor-faktor sedimentasi serta mencadangkan kaedah terbaik pengurusan hakisan dan kawalan sedimen. Kajian melibatkan kiraan anggaran kadar kehilangan tanih menggunakan model Revised Universal Soil Loss Equation (RUSLE) di 12 buah sublembangan Lembangan Sungai Belatop, Tanah Tinggi Lojing (keluasan: 75.05 km²). Kaedah Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah digunakan bagi menganalisis data ruang dan masa untuk menganalisis perubahan guna tanah dari tahun 1990, 2000 dan 2010. Kajian lapangan turut dijalankan sepanjang tahun 2013 melibatkan empat kali pencerapan. Hasil kajian menunjukkan kawasan hutan di kawasan kajian telah mengalami penyusutan sebanyak 61.2% dari tahun 1990-2010. Kawasan yang aktif dengan pertanian terutama di bahagian hulu Sungai Belatop, Sungai Jelai dan Sungai Sendrai menghasilkan hakisan tanih yang lebih tinggi berbanding kawasan yang masih terpelihara. Anggaran kadar kehilangan tanih bagi keseluruhan lembangan Sungai Belatop ialah 797.38 tan/km²/thn. Manakala kajian ke atas muatan sedimen menunjukkan Sungai Belatop mengangkut keluar sedimen dengan anggaran 220.42 kg/hari hingga 28602 kg/hari. Sungai Erewok menyumbang kepada penghasilan muatan sedimen dengan kadar 710.11 kg/km²/hari diikuti dengan Sungai Sensang dengan anggaran 650.67 kg/km²/hari. Hasil statistik korelasi menunjukkan hubungan antara hakisan tanah dan muatan sedimen adalah sangat signifikan iaitu r=0.8340. Hal ini membuktikan kaitan kuat di antara hakisan tanah dan penghasilan sedimen di Sungai Belatop. Hasil kajian mendapati aktiviti penerokaan tanah tanpa ada langkah mitigasi telah menyumbang kepada peningkatan hakisan dan penghasilan sedimen di kawasan kajian.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 199
Call Number: S625.M4W336 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104320+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
913.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.