Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497645
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMawar Safei, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorTuan Rusmawati Raja Hassan (P78632)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:06:59Z-
dc.date.available2023-10-13T08:06:59Z-
dc.date.issued2018-01-10-
dc.identifier.otherukmvital:104319-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497645-
dc.descriptionKajian ini menumpukan pemerhatian terhadap isu perwatakan dalam penghasilan novel Melayu. Penelitian terhadap perwatakan ini dikaitkan dengan satu kenyataan sebelumnya yang sendeng memperkatakan terdapat isu "ketidakadilan" khususnya pada watak wanita dalam novel S.Othman Kelantan. Justeru, kajian ini mengenalpasti sejauhmana kecenderungan S.Othman Kelantan yang dikatakan "tidak memenangkan wanita dalam karyanya." Kajian ini turut bertujuan mengembangkan jurus pandang Islam dalam kesusasteraan selain memberikan perspektif yang lebih adil terhadap karya yang dibahaskan. Kerangka kajian ini memanfaatkan gagasan profetik oleh Kuntowijoyo. Pertimbangan menerusi rumus profetik memperlihatkan kedudukan watak-watak secara lebih saksama menurut kanta Islam dengan berpandukan tiga etika iaitu amar ma'ruf, nahi mungkar dan tu'minubillah. Ketiga-tiga etika ini bertolak daripada surah Ali Imran ayat 110, "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf, mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah." Kajian dilakukan ke atas empat buah novel iaitu Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991) dan Orang Kota Bharu (2003). Kajian ini menemukan bahawa dalam gagasan profetik, S.Othman Kelantan memperagakan ketekalannya untuk mengangkat watak-watak dalam novel dengan menyelitkan satu bentuk perutusan yang perlu dimaknai khalayak. Ini berlaku ke atas Ruang Perjalanan dan Orang Kota Bharu yang dianalisis menggunakan etika amar ma'ruf. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, pengarang mengembalikan eksistensi manusia untuk menjadi khalifah Allah yang baik melalui perlukisan watak-watak, yang sebelumnya diperagakan telah larut dalam kepesatan teknologi. Sementara menerusi Wajah Seorang Wanita dan Ustaz pula, perbahasan menggunakan etika nahi mungkar menunjukkan langgam kepengarangan S.Othman Kelantan yang memperlihatkan kemandirian watak wanita dalam mendepani isu ketidakadilan ekonomi dalam negara dan ketidakadilan gender (pendidikan, kerjaya dan pemilihan jodoh). Namun, pemeragaan watak wanita lewat Wajah Seorang Wanita menjadi suatu puncak tertinggi yang menggambarkan ciri-ciri umat terbaik. Watak Siti Musalmah dikesani menepati etika tu'minubillah (transendensi). Kajian ini merumuskan bahawa S.Othman Kelantan bukan sahaja mengangkat isu keprofetikan terhadap perwatakan dalam novel, malahan sifat tersebut juga sangat terserlah melalui karya dan aspek latar diri pengarang sehingga merentas kepada akar tradisi Melayu-Islamnya. Ia dikesani apabila kajian ini menemukan bahawa novel-novel S.Othman Kelantan menepati ciri-ciri karya sastera Islam. Beliau juga memanfaatkan kedudukannya sebagai seorang penulis untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Penelitian ini secara langsung menyumbang kepada dokumentasi kajian sastera Melayu yang memanfaatkan kerangka Islam. Diharapkan usaha memanfaatkan gagasan sastera Islam Gagasan Profetik yang masih baru penggunaannya di Malaysia menerusi kajian ini akan dimurnikan oleh pengkaji seterusnya.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNovel-
dc.subjectMalay fiction -- 20th century -- History and criticism-
dc.titlePerwatakan dan profetik dalam novel S.Othman Kelantan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages233-
dc.identifier.callnoPL5139.S96T833 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003642(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104319+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.