Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497644
Title: Faktor-faktor penyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang yang mendapatkan rawatan & pemulihan Cure & Care di Malaysia
Authors: Hadijah Baba (P60536)
Supervisor: Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Drug abuse -- Malaysia
Issue Date: Aug-2018
Description: Perubahan arus globalisasi dan kemodenan telah mempengaruhi kehidupan manusia dari aspek politik, ekonomi sosial keselamatan dan kesejahteraan hidup. Perubahan ini memberi kesan yang mendadak dalam aspek sosial khususnya permasalahan dadah. Senario penagihan dadah yang mengancam secara berantai dan semakin serius ditunjukkan dengan peningkatan statistik bagi penagih baru dan penagih berulang pada setiap tahun. Kesan penagihan berulang menjejaskan kesihatan dengan masalah ko-morbiditi, psikopatologi dan psikososial. Selepas 40 tahun, Malaysia menjalankan pelbagai usaha dalam program rawatan dan pemulihan, namun usaha ini tidak menunjukkan kejayaan. Keadaan ini telah membawa kepada pengkajian tentang pelbagai faktor yang menyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor intrapersonal iaitu efikasi kendiri dan motivasi untuk berubah dan peranan strategi daya tindak sebagai pengantara terhadap situasi berisiko tinggi penagihan berulang yang merangkumi emosi negatif, konflik interpersonal dan tekanan sosial. Kajian ini berbentuk keratan rentas melibatkan penggunaan soal selidik dan ditadbirkan ke atas 600 orang klien di Klinik Cure & Care, Malaysia. Soal selidik yang digunakan ialah General Self-Efficacy Scale (GSE), The Stages of Change Readiness and Treatment Eagerness Scale (SOCRATES), Penilaian Program Cure & Care, COPE dan kecenderungan penagihan berulang. Data dianalisis dengan menggunakan korelasi pearson, regrasi pelbagai dan PROCESS for SPSS (Hayes 2013). Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri, motivasi untuk berubah, penilaian program Cure & Care dengan kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Terdapat juga pengaruh antara faktor intrapersonal, program Cure & Care dan strategi daya tindak terhadap kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Di samping itu, strategi daya tindak merupakan pengantara (mediator) dalam hubungan di antara efikasi kendiri, motivasi untuk berubah, penilaian program Cure & Care dan kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Dapatan kajian ini, perlu diambil kira dalam membentuk program-program rawatan dan pemulihan dadah untuk mengurangkan penagihan berulang dalam kalangan penagih dadah di Malaysia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 73
Call Number: HV5840.M34H333 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104318+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.