Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497642
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Fauzi Sukimi, Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Ridhwan Sarifin (P78662) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:06:57Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:06:57Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:104316 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497642 | - |
dc.description | Kajian ini membincangkan integrasi identiti dwibudaya orang Bawean. Pembentukan negara-bangsa menuntut setiap kelompok etnik atau sub etnik meleburkan identiti lokal ke dalam identiti nasional. Sejarah migrasi menyebabkan kepelbagaian etnik merangkumi Melayu Cina, India dan sub etnik. Dalam Melayu ada sub etnik misalnya orang Jawa, Banjar, Bugis dan Bawean. Setiap kelompok etnik tersebut mempunyai kecenderungan sama ada boleh berubah ataupun tidak sesuai dengan ruang politik yang berbeza. Identiti orang Bawean bukan sahaja berhadapan dengan identiti lokal, malah berhadapan identiti nasional. Model tersebut menjelaskan kecenderungan identiti etnik sama ada sebati, iaitu, bersifat positif dan konflik iaitu, bersifat negatif dalam mengekspresikan identiti sewaktu berhadapan ruang politik yang berbeza. Apakah identiti nasional menjadi amalan dalam kehidupan harian orang Bawean apabila berhadapan masyarakat majmuk. Permasalahannya, kecenderungan ke arah unsur positif menyebabkan pembentukan negara-bangsa akan menjadi lancar. Sebaliknya, kecenderungan ke arah unsur negatif menyebabkan proses peleburan identiti menjadi kurang lancar. Objektif utama kajian adalah meneroka elemen identiti orang Bawean di Indonesia. Objektif kedua ialah menghuraikan elemen identiti yang dikekalkan, disisihkan dan diubah dalam ruang sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. Ketiga, memahami kecenderungan identiti tersebut sama ada ke arah unsur positif mahupun negatif. Kajian telah dijalankan menggunakan orientasi kualitatif dan pendekatan fenomenologi. Temu bual mendalam ke atas satu informan utama dan 10 orang informan dilakukan antara tahun 2015-2017. Pemerhatian turut serta juga dilakukan ke Pulau Bawean, Indonesia. Kajian ini memfokuskan empat unsur utama iaitu Islam, bahasa, kepimpinan dan jenis pekerjaan. Di Indonesia, identiti orang Bawean adalah merantau, agama Islam, institusi pondok, Bahasa Bawean dan magis. Di Malaysia, orang Bawean mengekalkan identiti seperti makanan manakala telah menyisihkan identiti merantau, institusi pondok dan magis. Identiti yang diubah seperti Islam, bahasa, kepimpinan dan jenis pekerjaan. Dari segi nasional, orang Bawean memiliki kecenderungan bersifat positif disebabkan bersulam dengan identiti Melayu seperti Islam, bahasa, kepimpinan dan jenis pekerjaan. Dari segi lokal, terdapat kecenderungan bersifat konflik seperti perasaan lebih ke atas etnik dan pengamalan budaya Bawean. Umumnya, identiti orang Bawean boleh berubah walaupun kuat mengekalkan budaya ke mana sahaja mereka berada. Keseluruhannya, berdasarkan model integrasi identiti dwibudaya, orang Bawean menunjukkan kecenderungan lebih ke arah berunsurkan elemen positif walaupun terdapat elemen negatif.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Boyanese (Indonesian people) -- Malaysia | - |
dc.title | Integrasi identiti dwibudaya orang Bawean di Sungai Tiram, Johor | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 419 | - |
dc.identifier.callno | DS632.B69M834 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003639(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_104316+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.