Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497641
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSity Daud, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorIntan Suria Hamzah (P62596)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:06:56Z-
dc.date.available2023-10-13T08:06:56Z-
dc.date.issued2018-04-08-
dc.identifier.otherukmvital:104315-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497641-
dc.descriptionKajian ini membincangkan implikasi migrasi pendatang asing Myanmar terhadap keselamatan insan di Malaysia. Kehadiran pendatang asing dari Myanmar dilihat semakin meningkat sejak tahun 2009 yang melibatkan golongan pekerja, PATI dan pelarian. Kesan daripada migrasi rentas sempadan ini terdapat pelbagai isu dan masalah keselamatan insan di Malaysia. Terdapat lima objektif dalam kajian ini iaitu pertama, mengenalpasti faktor penarik pendatang asing Myanmar ke Malaysia. Kedua, mengenalpasti faktor penolak pendatang asing Myanmar ke Malaysia. Ketiga, menganalisis implikasi pendatang asing Myanmar terhadap keselamatan komuniti dan kesihatan di Malaysia. Keempat, menganalisis implikasi pendatang asing Myanmar terhadap keselamatan ekonomi dan makanan di Malaysia. Kelima, menganalisis tindakan kerajaan Malaysia, NGO dan organisasi antarabangsa terhadap pendatang asing Myanmar. Teori sistem dunia dan globalisasi telah digunapakai bagi membincangkan faktor penarik dan faktor penolak migrasi pekerja asing dari Myanmar ke Malaysia. Manakala konsep keselamatan insan telah memperjelaskan implikasi kehadiran pelarian Rohingya terhadap keselamatan komuniti dan kesihatan serta keselamatan ekonomi dan sekuriti makanan di Malaysia. Tempoh kajian bermula dari tahun 2009 hingga 2017. Kaedah kualitatif telah digunapakai bagi mendapatkan data. Data primer dikumpul melalui temubual berstruktur dengan responden elit, temubual tidak berstruktur dengan masyarakat awam dan perbincangan kumpulan fokus dengan pelarian Rohingya. Temubual secara bersemuka telah dilakukan dengan informan utama yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan pekerja asing, PATI dan pelarian Myanmar di Malaysia. Data sekunder turut dikumpulkan melalui statistik dan laporan daripada agensi penguatkuasaan Malaysia serta organisasi antarabangsa melalui penyelidikan kepustakaan. Data primer daripada laporan, akhbar, temubual dan pemerhatian kajian lapangan turut dikumpulkan. Hasil kajian mendapati kemasukan pendatang asing sebagai pekerja, PATI dan pelarian mempunyai banyak implikasi negatif. Pekerja Myanmar diakui menyumbang kepada pembangunan negara dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, golongan PATI dan pelarian telah menyebabkan isu dan masalah sosial di Malaysia melalui perlakuan jenayah harta benda, jenayah kekerasan, pengaruh dalam perniagaan, ancaman aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, penyakit berjangkit, peningkatan perbelanjaan negara, pertambahan penduduk, masalah dokumentasi dan sindiket pemalsuan dokumen serta isu dan masalah sosial dalam komuniti pelarian Rohingya. Dapatan kajian juga menunjukkan pelarian Rohingya turut mengalami ancaman keselamatan insan dalam proses migrasi dan menjalani kehidupan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPendatang asing-
dc.subjectImmigrants -- Malaysia-
dc.titleMigrasi pendatang asing Myanmar dan keselamatan insan di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages338-
dc.identifier.callnoJV8755.I538 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003638(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104315+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.