Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497639
Title: Pengaruh institusi pengajian tinggi dalam membangunkan ekonomi pengalaman sektor perkhidmatan bandar: satu kajian di Bandar Baru Bangi
Authors: Noor Alyani Nor Azazi (P69946)
Supervisor: Hamzah Jusoh, Prof Dr.
Keywords: Economic development -- Effect of education on
Issue Date: 23-Apr-2018
Description: Pembangunan institusi pengajian tinggi merupakan salah satu strategi untuk mencetuskan pembangunan sesebuah bandar di kebanyakan negara sedang membangun, termasuk membangunkan ekonomi bandar. Dalam konteks ekonomi bandar masa kini, institusi pengajian tinggi juga mampu memperkembang dan mengikut rentak tuntutan ekonomi pengalaman, terutamanya dalam sektor perkhidmatan. Melalui kerangka ekonomi pengalaman Pine dan Gilmore (1998), penubuhan institusi pengajian tinggi ini dapat merangsang dan menggalak para pengusaha menyediakan teras 4E ekonomi pengalaman dalam sektor perkhidmatan bandar. Pembangunan ini juga menggalakkan komuniti bandar untuk menjadi pengguna utama yang menikmati faedah ekonomi pengalaman dalam sektor ini. Kajian ini bertujuan menilai pengaruh institusi pengajian tinggi terhadap elemen-elemen ekonomi pengalaman dalam sektor perkhidmatan bandar di Bandar Baru Bangi yang merupakan sebuah Bandar ilmu. Empat elemen ekonomi pengalaman digunakan sebagai kerangka dalam menilai pencapaian ekonomi pengalaman dalam empat sektor perkhidmatan terpilih di kawasan kajian iaitu sektor pendidikan, gastronomi, kesihatan dan membeli-belah. Persampelan bertujuan digunakan untuk membentuk sampel kajian yang melibatkan 100 buah premis perkhidmatan dan 382 orang komuniti bandar. Hasil kajian mendapati institusi pengajian tinggi di sekitar bandar ini berjaya membangunkan elemen ekonomi pengalaman dalam empat sektor perkhidmatan terpilih. Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pengusaha empat sektor ini, pengusaha sektor pendidikan, kesihatan dan membeli-belah berjaya menonjolkan teras elemen ekonomi pengalaman pada tahap yang tinggi manakala pengusaha sektor gastronomi menonjolkan ekonomi pengalaman pada tahap sederhana. Elemen pengalaman pendidikan dan estetika paling banyak disediakan dalam empat sektor ini dan pengalaman hiburan adalah elemen yang paling kurang disediakan. Pihak komuniti setempat merupakan 'pengguna aktif' yang menggunakan perkhidmatan dan menikmati kewujudan ekonomi pengalaman yang lebih tinggi dalam sektor pendidikan dan kesihatan berbanding sektor gastronomi dan membeli-belah. Sama seperti pihak pengusaha, pihak komuniti juga lebih banyak merasai teras pengalaman pendidikan dan estetika dalam empat sektor tersebut. Pengalaman pendidikan berjaya ditonjolkan dalam keempat-empat sektor dalam kajian ini dan ini membuktikan institusi pengajian tinggi memainkan peranan utama dalam pembangunan sektor perkhidmatan bandar ini. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada peri pentingnya pengaruh institusi pengajian tinggi dalam merangsang pembangunan ekonomi pengalaman dalam sektor perkhidmatan bandar dan menyumbang kepada korpus ilmu berhubung dengan keupayaan kerangka ekonomi pengalaman dalam membangunkan sesebuah bandar.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 351
Call Number: HD75.7.N636 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104313+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.