Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497630
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Ahsani A. Malek (P69318 )-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:06:45Z-
dc.date.available2023-10-13T08:06:45Z-
dc.date.issued2018-05-02-
dc.identifier.otherukmvital:102379-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497630-
dc.descriptionPenghuni penjara yang mengalami fasa peralihan dari penjara ke dunia pekerjaan menghadapi cabaran dan halangan seperti kekurangan pengalaman, pengetahuan, kemahiran berkaitan pekerjaan serta mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Penghuni penjara memerlukan intervensi dan bimbingan kerjaya bagi membantu mereka menghadapi cabaran-cabaran pada fasa peralihan. Sehingga kini masih kurang kajian berkaitan pembinaan modul kerjaya yang komprehensif bagi memberikan intervensi kepada penghuni penjara sebagai persediaan sebelum dibebaskan dari penjara. Oleh itu kajian ini bertujuan membangunkan Modul Kebolehsesuaian Kerjaya (MKK) yang sesuai digunakan oleh penghuni penjara, mengukur kesan MKK bagi meningkatkan kebolehsesuaian kerjaya, harapan, dan efikasi kendiri serta menguji sama ada harapan dan efikasi kendiri menyumbang kepada kebolehsesuaian kerjaya. Kajian eksperimen ini menggunakan kaedah persampelan rawak melalui proses saringan kerana subjek kajian hanya dipilih dalam kalangan penghuni penjara yang akan dibebaskan dalam tempoh masa enam bulan serta mempunyai tahap kebolehsesuaian kerjaya, harapan dan efikasi kendiri yang rendah. Kumpulan eksperimen telah menjalani intervensi kerjaya berdasarkan MKK sebanyak lima sesi dalam jangka masa lima minggu selama 2 jam bagi setiap sesi. Tahap kebolehsesuaian kerjaya diukur menggunakan Career Adapt-Abilities Scale (CASS), tahap harapan diukur menggunakan Adult Dispositional Hope Scale (ADHS),dan tahap efikasi kendiri diukur menggunakan General Self-Efficacy Scale (GSES). Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi mengenal pasti pola data kajian pra ujian, Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti inter-korelasi antara kebolehsesuaian kerjaya, harapan dan efikasi kendiri, ujian t digunakan untuk membandingkan min kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, ujian SPANOVA digunakan untuk mengukur kesan MKK terhadap penghuni penjara serta ujian regresi mudah digunakan untuk menguji sama ada harapan dan efikasi kendiri menyumbang kepada kebolehsesuaian kerjaya. Hasil kajian mendapati MKK mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. MKK berjaya meningkatkan dimensi prihatin, dimensi perasaan ingin tahu dan subskala agency namun tidak meningkatkan dimensi kawalan, dimensi keyakinan, subskala pathway dan efikasi kendiri. Hasil analisis regresi mudah mendapati hanya subskala agency yang menyumbang kepada dimensi kawalan pada pasca ujian. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap keperluan intervensi kerjaya dalam program pemulihan di penjara sebagai persediaan kepada penghuni penjara untuk mendapatkan pekerjaan apabila dibebaskan.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKerjaya-
dc.subjectPrisoners-
dc.titlePembinaan Modul Kebolehsesuaian Kerjaya bagi meningkatkan kebolehsesuaian kerjaya, harapan dan efikasi kendiri dalam kalangan penghuni penjara-
dc.typeTheses-
dc.format.pages321-
dc.identifier.callnoHF5549.5.C35M833 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003567(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102379+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.