Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497627
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Noraini Hamzah (P69934) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:06:42Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:06:42Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:99219 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497627 | - |
dc.description | Perkembangan teknologi telah membawa dimensi baharu kepada kajian dialek. Kini, Sistem Maklumat Geografi atau GIS telah diguna pakai bagi menghasilkan peta penyebaran dialek di Perak. Kerangka kerja dialektologi bermula dengan pengumpulan data leksikal yang dibuat menerusi kajian lapangan di 102 buah kampung bagi keseluruhan daerah di negeri Perak berdasarkan kaedah soal selidik dan rakaman. Seramai 886 orang responden yang berumur 40 tahun ke atas dikategorikan sebagai generasi tua dan seramai 762 orang yang berumur 12 tahun hingga 39 tahun dikategorikan sebagai generasi muda. Kajian ini juga mengaplikasikan teknologi terkini iaitu GIS dalam menjana peta penyebaran leksikal bagi dialek ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taburan bagi leksikal 'air', 'bantal' dan 'saya' sebenarnya mempunyai pola yang tersendiri. Hal ini dapat dikukuhkan dengan pembuktian GIS di mana maklumat-maklumat geografi atau bentuk muka bumi seperti sungai, paya, gunung, bukit dan sebagainya boleh menjadi faktor penentu kepada penyebaran dialek Melayu di Perak. Keadaan ini menunjukkan bahawa penyebaran leksikal bagi sesuatu dialek atau subdialek akan mudah tersebar sekiranya terdapat ruang (spatial) yang membolehkannya menyebar ke kawasan yang berhampiran. Selain itu, faktor-faktor non-linguistik seperti latar belakang responden, migrasi dan sejarah juga dikenal pasti membawa kepada kerencaman leksikal dalam dialek Melayu di Perak. Kedudukan negeri Perak yang bersempadan dengan banyak negeri di sekelilingnya telah menjadikan dialek Melayu ini berbeza dengan dialek yang lain. Ini turut ditambah dengan kemasukan dialek luar bersama pendatang seperti dialek Melayu Patani, dialek Banjar, dialek Jawa dan dialek Minang telah menjadikan dialek Melayu di Perak begitu unik dan menarik. Sumbangan besar kajian ini adalah pemetaan isoglos baru yang berjaya dipetakan bagi memperlihatkan pola penyebaran leksikal dalam dialek Melayu di Perak dengan lebih tepat. Keadaan ini membuktikan bahawa kajian yang bersifat multidisiplin iaitu gabungan dialek dan teknologi mampu menjelaskan senario penyebaran leksikal bagi dialek Melayu di Perak dengan lebih sistematik dan tuntas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dialek | - |
dc.subject | Geolinguistik | - |
dc.subject | Pemetaan isoglos | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Penyebaran bunyi dan leksikal dialek-dialek di Perak: analisis geolinguistik | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 219 | - |
dc.identifier.barcode | 003265(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99219+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 745.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.