Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497622
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsmawati Desa, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSri Kusrohmaniah (P50742)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:06:37Z-
dc.date.available2023-10-13T08:06:37Z-
dc.date.issued2017-06-02
dc.identifier.otherukmvital:99205
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497622-
dc.descriptionIngatan ruang adalah ingatan yang berfungsi untuk mengingati lokasi dan navigasi (pandu arah), serta membantu pergerakan spesies agar lebih berkesan. Pengkayaan persekitaran adalah gabungan daripada rangsangan objek tidak hidup dan faktor sosial, berfungsi untuk meningkatkan arborisasi dendritik dan kecerdasan ingatan ruang. Pengkayaan persekitaran dan ingatan ruang banyak dikaji pada subjek tikus yang mengalami kerosakan otak dan pada subjek tikus usia tua, dengan tempoh pemberian pengkayaan yang berbeza dan dapatan daripada kajian-kajian terdahulu tidak selalu konsisten. Kajian ini mengkaji kaitan pengkayaan persekitaran dengan ingatan ruang dan isi padu hipokampus pada subjek tikus berusia 22 hari. Kajian ini bertujuan menguji pengaruh pengkayaan persekitaran dan jantina terhadap ingatan ruang dan isi padu hipokampus. Ingatan ruang diukur dengan Morris Water Maze, yang terdiri daripada Fasa Escape Acquisition Test (fasa belajar) dan Fasa Memory Persistence Test (fasa perolehan mengingat). Kajian ini dilakukan secara eksperimen dengan memberikan manipulasi berupa pengkayaan persekitaran selama 60 hari. Subjek kajian adalah 44 ekor tikus Wistar pada usia 22 hari yang terdiri daripada 22 ekor tikus jantan dan 22 ekor tikus betina. Eksperimen 1 bertujuan untuk menguji pengaruh pengkayaan persekitaran dan jantina terhadap ingatan ruang manakala eksperimen 2 bertujuan untuk menguji pengaruh pengkayaan persekitaran dan jantina terhadap isi padu hipokampus. Subjek dibahagikan kepada lapan kumpulan. Pada hari ke-96 dilakukan perfusi untuk pengambilan hipokampus. Analisis data dilakukan dengan menggunakan SPANOVA dan ANOVA dua hala. Hasil analisis data pada Eksperimen 1 menunjukkan, bahawa tidak ada pengaruh pengkayaan persekitaran terhadap ingatan ruang. Namun terdapat kesan jantina terhadap ingatan ruang. Ingatan ruang pada tikus jantan lebih baik daripada ingatan ruang pada tikus betina. Dapatan dalam Eksperimen 2 yang mengkaji kesan tinggal secara sosial terhadap isi padu hipokampus menunjukkan kumpulan tikus jantan mempunyai isi padu hipokampus yang lebih besar berbanding isi padu hipokampus tikus betina. Implikasi daripada dapatan kajian terhadap kehidupan manusia ialah, pengkayaan persekitaran tidak berpengaruh terhadap ingatan ruang. Namun individu manusia laki-laki mempunyai ingatan ruang yang lebih baik daripada perempuan. Perempuan yang mendapatkan pengkayaan persekitaran mahupun tidak, ingatan ruangnya lebih buruk daripada lakilaki yang mendapatkan pengkayaan persekitaran mahupun tidak mendapatkan pengkayaan persekitaran.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectLokasi
dc.subjectNavigasi
dc.subjectRangsangan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePengaruh pengkayaan persekitaran terhadap ingatan ruang dan isi padu hipokampus
dc.typeTheses
dc.format.pages250
dc.identifier.barcode003258(2018)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99205+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.